Fatwa Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa


TERJEMAHAN PENUH FATWA KESATUAN ULAMA SEDUNIA

Bismillah al-Rahman al-Rahim
Fatwa Komiti Ijtihad dan Fatwa di Kesatuan Ulama Dunia mengenai “Penyerangan Berterusan ke atas Gaza dan Penghentian Gencatan Senjata”
Tarikh: 28 Ramadhan 1446H = 28/03/2025M

Segala puji bagi Allah, yang merendahkan para penyerang, yang membantu orang-orang yang tertindas, yang meneguhkan para pejuang, yang melindungi hamba-hamba-Nya yang beriman, yang menjaga wali-wali-Nya yang soleh, yang memutuskan keturunan para penindas yang zalim, dan yang memilih para syuhada’ daripada kalangan orang-orang Islam. Kami berselawat dan memberi salam kepada pemimpin para pejuang, rahmat Allah untuk seluruh alam, serta kepada keluarga dan sahabatnya, selepas itu:

Sesungguhnya Komiti Ijtihad dan Fatwa di Kesatuan Ulama Dunia mengikuti dengan hati yang penuh kesakitan, penyerangan yang kejam ke atas saudara-saudara kita di Gaza.

Sehingga kini :-
1- Bilangan syuhada’ telah melebihi 50 ribu orang sejak bermulanya serangan tersebut.

2- Entiti penjajah telah melanggar perjanjian penghentian peperangan, seperti kebiasaannya dalam melanggar janji dan perjanjian dengan Allah, Rasul-Nya, dan makhluk-Nya.

3- Mereka meneruskan tindakan pembunuhan beramai-ramai secara sistematik terhadap saudara-saudara kita di Gaza, dengan sokongan daripada Kerajaan Amerika Syarikat, yang masih menyokong serangan Zionis dengan bom berbahaya dan senjata pemusnah, di tengah-tengah kebisuan dunia Arab dan pengkhianatan negara-negara Islam.

Dan kami di Komiti Ijtihad dan Fatwa di Kesatuan Ulama Dunia menjelaskan hukum-hukum syariah yang berkaitan dengan kejadian ini dalam keadaan berterusan penyerangan Zionis yang zalim ini, sebagai amanah yang telah diambil Allah terhadap para ulama, dan kami jelaskan seperti berikut:

PERTAMA:-
Berdasarkan segala fatwa kami yang terdahulu dan terperinci yang dikeluarkan sejak bermulanya perang pemusnahan dan sebagai penegasan ke atasnya, kami menjelaskan kepada umat Islam dan semua negaranya kewajiban berjihad menentang entiti Zionis dan semua pihak yang terlibat bersama mereka di tanah yang diduduki dalam melakukan pemusnahan terhadap saudara-saudara kami di Gaza, termasuk para upahan dan tentera dari mana-mana negara. Ini termasuklah intervensi ketenteraan dan menyediakan peralatan perang, kepakaran ketenteraan, dan maklumat perisikan kepada para pejuang. Ini adalah kewajiban yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu oleh rakyat Palestin, kemudian oleh negara-negara jiran (Mesir, Jordan, dan Lebanon), dan seterusnya oleh semua negara Arab dan Islam.

Kewajiban berjihad menentang penjajahan di Palestin adalah wajib ke atas setiap Muslim yang mampu di seluruh dunia Islam.

Komiti Ijtihad dan Fatwa di Kesatuan Ulama Dunia menegaskan bahawa kewajiban syar’i bagi kerajaan-kerajaan di negara kita adalah untuk melakukan intervensi secara segera dalam bentuk tindakan ketenteraan, ekonomi, dan politik untuk menghentikan pemusnahan dan kemusnahan besar-besaran ini, berdasarkan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.
Dan mengabaikan tugas ini oleh kerajaan-kerajaan Arab dan Islam untuk menolong Gaza yang sedang dibinasakan adalah dianggap sebagai satu dosa besar dalam pandangan syar’i terhadap saudara-saudara kita yang tertindas di Gaza.

Firman Allah Ta’ala:
“ูˆูŽู…ูŽุง ู„ูŽูƒูู…ู’ ู„ูŽุง ุชูู‚ูŽุงุชูู„ููˆู†ูŽ ูููŠ ุณูŽุจููŠู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุณู’ุชูŽุถู’ุนูŽูููŠู†ูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฑู‘ูุฌูŽุงู„ู ูˆูŽุงู„ู†ู‘ูุณูŽุงุกู ูˆูŽุงู„ู’ูˆูู„ู’ุฏูŽุงู†ู”
[An-Nisa: 75]

Maksudnya:-
“Dan mengapa kamu tidak berperang di jalan Allah dan (untuk) orang-orang yang lemah di antara lelaki, wanita, dan anak-anak yang berkata: ‘Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari kota ini yang penduduknya adalah orang-orang zalim, dan jadikanlah untuk kami seorang pelindung dari sisi-Mu, dan jadikanlah untuk kami seorang penolong dari sisi-Mu.'”
Dan pengabaian ini dianggap sebagai pengkhianatan terhadap amanah kepimpinan.

Allah berfirman:
“ูŠูŽุงุฃูŽูŠู‘ูู‡ูŽุง ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ุขู…ูŽู†ููˆุง ู„ูŽุง ุชูŽุฎููˆู†ููˆุง ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ูˆูŽุงู„ุฑู‘ูŽุณููˆู„ูŽ ูˆูŽุชูŽุฎููˆู†ููˆุง ุฃูŽู…ูŽุงู†ูŽุงุชููƒูู…ู’ ูˆูŽุฃูŽู†ู’ุชูู…ู’ ุชูŽุนู’ู„ูŽู…ููˆู†ูŽ”
[Al-Anfal: 27]

Maksudnya :-
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan rasul-Nya, dan janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepada kamu, padahal kamu mengetahui.”

KEDUA :-
Haram memberi bantuan kepada musuh kafir dalam pemusnahan umat Islam di Gaza, tanpa mengira jenis bantuan tersebut.

Maka haram menjual senjata kepada mereka, memudahkan penghantarannya melalui pelabuhan atau laluan antarabangsa seperti Terusan Suez, Selat Bab el-Mandeb, Selat Hormuz, atau sebarang cara pengangkutan darat, laut, atau udara.

Komiti mengeluarkan fatwa bahawa adalah wajib untuk mengepung musuh yang menduduki Gaza dari udara, darat, dan laut sebagai usaha untuk menyokong saudara-saudara kita di Gaza.

KETIGA :-
Haram memberi bantuan kepada rejim Zionis dalam perkara-perkara berikut:-
1- Membekal minyak, gas, dan segala barangan yang membantu mereka dalam peperangan terhadap saudara-saudara kita.

2- Memberi bantuan kepada mereka dalam bentuk makanan dan minuman ketika anak-anak Gaza mati kelaparan.

Sesiapa yang melakukan itu kerana kasih kepada musuh Zionis yang kafir, dan berkeinginan untuk menghancurkan perlawanan Islam, maka mereka telah murtad dari Islam dan gugur hak kekuasaannya atas mereka.

Jika mereka melakukan itu dengan niat untuk mendapatkan keuntungan atau seumpamanya, maka mereka telah melakukan dosa yang paling besar dan dosa yang sangat berat, dan mereka berada dalam bahaya yang besar.
Perbuatan-perbuatan ini termasuk dalam bentuk sokongan kepada musuh yang diharamkan oleh syarak, sebagaimana firman Allah:

๏ดฟูŠูŽุงุฃูŽูŠู‘ูู‡ูŽุง ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ุขู…ูŽู†ููˆุง ู„ูŽุง ุชูŽุชู‘ูŽุฎูุฐููˆุง ุงู„ู’ูŠูŽู‡ููˆุฏูŽ ูˆูŽุงู„ู†ู‘ูŽุตูŽุงุฑูŽู‰ ุฃูŽูˆู’ู„ููŠูŽุงุกูŽ ุจูŽุนู’ุถูู‡ูู…ู’ ุฃูŽูˆู’ู„ููŠูŽุงุกู ุจูŽุนู’ุถู ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ูŠูŽุชูŽูˆูŽู„ู‘ูŽู‡ูู…ู’ ู…ูู†ู’ูƒูู…ู’ ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ู…ูู†ู’ู‡ูู…ู’ ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ู„ูŽุง ูŠูŽู‡ู’ุฏููŠ ุงู„ู’ู‚ูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ุธู‘ูŽุงู„ูู…ููŠู†ูŽ๏ดพ
[Al-Ma’idah: 51]

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman rapat (wali), sebahagian mereka adalah teman rapat bagi sebahagian yang lain. Dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapat (wali), maka sesungguhnya dia termasuk dalam kalangan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada golongan yang zalim.”

KEEMPAT :-
Wajib bagi negara-negara Arab dan Islam untuk menubuhkan pakatan tentera yang bersatu untuk melindungi negara-negara Islam, mempertahankan agama, darah, harta, keputusan, dan maruah mereka.
Kewajipan ini adalah suatu yang sangat mendesak dan tidak boleh ditangguhkan kerana akibat buruk dan fitnah yang timbul daripadanya. Ini adalah sebagai pelaksanaan firman Allah:

๏ดฟูˆูŽุฃูŽุนูุฏู‘ููˆุง ู„ูŽู‡ูู…ู’ ู…ูŽุง ุงุณู’ุชูŽุทูŽุนู’ุชูู…ู’ ู…ูู†ู’ ู‚ููˆู‘ูŽุฉู ูˆูŽู…ูู†ู’ ุฑูุจูŽุงุทู ุงู„ู’ุฎูŽูŠู’ู„ู ุชูุฑู’ู‡ูุจููˆู†ูŽ ุจูู‡ู ุนูŽุฏููˆู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุนูŽุฏููˆู‘ูŽูƒูู…ู’๏ดพ
[Al-Anfal: 60]

“Dan sediakanlah untuk mereka (musuh) apa sahaja kekuatan yang kamu mampu, dan dari kuda-kuda yang dipersiapkan untuk berperang, dengan cara itu kamu menakut-nakutkan musuh Allah dan musuh kamu.”

Politik global masa kini tidak memberi tempat kepada golongan yang lemah, berbeza pendapat, dan berpecah-belah. Oleh itu, pakatan tentera yang bersatu di kalangan negara-negara Arab dan Islam untuk menangkis ancaman dan melindungi adalah apa yang akan membawa keselamatan dan kestabilan kepada umat Islam dan wilayah ini, serta mewujudkan keseimbangan kuasa global.

Allah berfirman:
๏ดฟูˆูŽุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ูƒูŽููŽุฑููˆุง ุจูŽุนู’ุถูู‡ูู…ู’ ุฃูŽูˆู’ู„ููŠูŽุงุกู ุจูŽุนู’ุถู ุฅูู„ู‘ูŽุง ุชูŽูู’ุนูŽู„ููˆู‡ู ุชูŽูƒูู†ู’ ููุชู’ู†ูŽุฉูŒ ูููŠ ุงู„ู’ุฃูŽุฑู’ุถู ูˆูŽููŽุณูŽุงุฏูŒ ูƒูŽุจููŠุฑูŒ๏ดพ
[Al-Anfal: 73]

“Dan orang-orang yang kafir sebahagian mereka adalah teman rapat bagi sebahagian yang lain. Jika kamu tidak melakukannya (bersatu), maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang besar.”

KELIMA :-
Menyeru negara-negara Islam yang mempunyai perjanjian dengan rejim penjajah untuk menilai semula perjanjian tersebut dan memberi tekanan kepada musuh melalui itu.

Perjanjian adalah bertujuan untuk mencapai kebaikan umum bagi umat Islam, oleh itu kami menyeru untuk menilai semula perjanjian tersebut, mempertimbangkan tujuan asal perjanjian tersebut dan apa yang telah dipatuhi atau dilanggar oleh musuh, bagi mengambil tindakan tegas terhadap itu.

KEENAM :-
Menegaskan kewajipan berjihad dengan harta bagi setiap orang yang mampu.

Maka, adalah wajib bagi orang-orang kaya untuk berjihad dengan harta mereka dan menyediakan kelengkapan bagi para pejuang dan mujahidin, bukan hanya dari harta zakat, tetapi mereka wajib mengeluarkan dari harta mereka sendiri untuk menghentikan pertumpahan darah orang-orang yang tidak bersalah dari saudara-saudara mereka.

Ini sebagai pelaksanaan firman Allah:
{ุงู†ู’ููุฑููˆุง ุฎูููŽุงูู‹ุง ูˆูŽุซูู‚ูŽุงู„ู‹ุง ูˆูŽุฌูŽุงู‡ูุฏููˆุง ุจูุฃูŽู…ู’ูˆูŽุงู„ููƒูู…ู’ ูˆูŽุฃูŽู†ู’ููุณููƒูู…ู’ ูููŠ ุณูŽุจููŠู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฐูŽู„ููƒูู…ู’ ุฎูŽูŠู’ุฑูŒ ู„ูŽูƒูู…ู’ ุฅูู†ู’ ูƒูู†ู’ุชูู…ู’ ุชูŽุนู’ู„ูŽู…ููˆู†ูŽ}
[At-Tawbah: 41]

“Berangkatlah kamu baik dengan ringan atau berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwa kamu di jalan Allah, itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.”

Dan sabda Nabi ๏ทบ:
“Siapa yang menyiapkan seorang pejuang di jalan Allah, maka dia telah ikut berperang. Dan siapa yang menjaga keluarga seorang pejuang di jalan Allah dengan baik, maka dia juga telah berperang.”
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Maka, mereka harus berusaha untuk menyampaikan harta kepada para pejuang dengan segala cara yang mungkin. Dan juga wajib untuk menjaga keluarga para mujahidin dan para penjaga perbatasan, serta menanggung kehidupan mereka supaya mereka dapat terus berjuang dan mempertahankan Gaza.

KETUJUH :-
Haram berkompromi dengan rejim Zionis yang menduduki tanah Palestin dalam semua bentuk dan cara.

Kewajipan syarak kepada negara-negara yang telah berkompromi dengan rejim tersebut adalah memutuskan hubungan dengan mereka; sebagai bentuk pembelaan kepada orang-orang yang dizalimi, apatah lagi haram menjalin hubungan dan memberi bantuan kepada musuh-musuh Allah atas umat Islam.

Firman Allah:
๏ดฟุชูŽุฑูŽู‰ โ€ŒูƒูŽุซููŠุฑู‹ุง ู…ูู†ู’ู‡ูู…ู’ ูŠูŽุชูŽูˆูŽู„ู‘ูŽูˆู’ู†ูŽ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ูƒูŽููŽุฑููˆุง ู„ูŽุจูุฆู’ุณูŽ ู…ูŽุง ู‚ูŽุฏู‘ูŽู…ูŽุชู’ ู„ูŽู‡ูู…ู’ ุฃูŽู†ู’ููุณูู‡ูู…ู’ ุฃูŽู†ู’ ุณูŽุฎูุทูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’ ูˆูŽูููŠ ุงู„ู’ุนูŽุฐูŽุงุจู ู‡ูู…ู’ ุฎูŽุงู„ูุฏููˆู†ูŽ . ูˆูŽู„ูŽูˆู’ ูƒูŽุงู†ููˆุง ูŠูุคู’ู…ูู†ููˆู†ูŽ ุจูุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ูˆูŽู…ูŽุง ุฃูู†ู’ุฒูู„ูŽ ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ู…ูŽุง ุงุชู‘ูŽุฎูŽุฐููˆู‡ูู…ู’ ุฃูŽูˆู’ู„ููŠูŽุงุกูŽ ูˆูŽู„ูŽูƒูู†ู‘ูŽ ูƒูŽุซููŠุฑู‹ุง ู…ูู†ู’ู‡ูู…ู’ ููŽุงุณูู‚ููˆู†ูŽ๏ดพ
[Al-Ma’idah: 80-81]

“Kamu akan melihat kebanyakan mereka menjadikan orang-orang yang kafir sebagai teman rapat, amat buruklah apa yang telah dilakukan oleh diri mereka, iaitu kerana kemurkaan Allah terhadap mereka dan mereka kekal dalam azab. Sekiranya mereka beriman dengan Allah dan Nabi-Nya serta apa yang diturunkan kepada-Nya, mereka tidak akan menjadikan mereka (musuh) sebagai teman rapat, akan tetapi kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”

KELAPAN :-
Para ulama wajib bersuara untuk menunaikan tanggungjawab mereka, tidak berdiam diri dan tidak tunduk kepada kelemahan.

Mereka harus menyuarakan kebenaran dan menyatakan kewajipan berjihad melawan musuh yang menduduki tanah Palestin dengan segala cara yang mungkin.

Mereka juga wajib menekan pemerintah, tentera rasmi, dan institusi-institusi di negara-negara Islam untuk melaksanakan tugas mereka dan memikul tanggungjawab agama, sejarah, dan peradaban mereka.

KESEMBILAN :-
Wajib bagi umat Islam – baik pemerintah mahupun rakyat – untuk memboikot rejim Zionis dan sesiapa yang turut serta dalam peperangan pemusnahan ini.
Boikot secara politik dengan menarik semula duta-duta, secara ekonomi dengan tidak membeli senjata, kelengkapan, pesawat, kenderaan, dan barangan lain dari mereka, serta boikot dalam bidang kebudayaan, ilmiah, dan lain-lain.

Begitu juga haram bagi negara-negara yang terlibat dalam syarikat yang membina penempatan haram untuk terus terlibat, mereka wajib untuk menarik diri daripada syarikat-syarikat tersebut.

Dan tidak boleh melabur wang umat Islam dalam syarikat yang terlibat dalam pembinaan penempatan haram atau menyokong penjajahan Zionis yang zalim, kerana itu adalah pengkhianatan besar.

KESEPULUH :-
Komiti mengeluarkan seruan kepada kerajaan Amerika Syarikat yang mana Presiden Trump telah membina kempen untuk membawa kedamaian di Gaza dan mendapatkan sokongan pengundi Muslim berdasarkan hal tersebut.

Kami mengingatkan mereka tentang janji-janji ini dan menyeru komuniti Muslim di Amerika Syarikat untuk memberi tekanan kepada Presiden Trump dan kerajaan Amerika dengan segala cara yang dibenarkan dan boleh diakses.

KESEBELAS :-
Komiti menyeru agar boikot terhadap syarikat-syarikat yang menyokong rejim Zionis yang menduduki Palestin diteruskan kerana ia terbukti memberi kesan yang berkesan, sama ada dari negara Barat atau negara lain, terutama jika negara tersebut terlibat dalam menyokong serangan dengan senjata, bom, kelengkapan, dan sokongan politik.

DUA BELAS :-
Wajib bagi umat Islam untuk membantu saudara-saudara mereka di Gaza dengan segala yang mereka mampu, sama ada ubat-ubatan, makanan, pakaian, bahan bakar, dan sebagainya.

Dan jika ada sebahagian kerajaan di negara-negara Islam yang menolak hal ini, maka tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara yang melanggar perintah Allah. Ini tidak dianggap sebagai pelanggaran terhadap pemerintah, kerana ketaatan kepada Allah dalam membela orang yang dizalimi adalah lebih utama daripada ketaatan kepada pemerintah yang lalai dalam membela umat Islam.

TIGA BELAS :-
Wajib bagi umat Islam untuk menyatukan saf mereka pada waktu-waktu yang sukar ini, meninggalkan perpecahan dan perselisihan.
Ini lebih ditekankan kepada semua kumpulan Palestin, serta kewajipan untuk menyatukan saf Arab dan Islam antara negara-negara dan institusi-institusi. Ini berdasarkan firman Allah:

๏ดฟูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽู†ูŽุงุฒูŽุนููˆุง ููŽุชูŽูู’ุดูŽู„ููˆุง ูˆูŽุชูŽุฐู’ู‡ูŽุจูŽ ุฑููŠุญููƒูู…ู’๏ดพ
[Al-Anfal: 46]

“Dan janganlah kamu berselisih, nanti kamu akan gagal dan hilang kekuatan kamu.”

EMPAT BELAS :-
Menyeru seluruh umat Islam untuk melaksanakan doa Qunut Nazilah dalam solat fardhu dan sunnah, secara senyap atau terbuka, dan memperbanyakkan doa dalam segala keadaan untuk saudara-saudara kita di Gaza, kerana doa memiliki kesan yang amat besar.

LIMA BELAS :-
Komiti mengucapkan terima kasih kepada negara-negara, institusi-institusi, rakyat, dan individu-individu yang menyokong rakyat Gaza dalam kesusahan mereka, sama ada dengan menolak pengusiran, memberikan bantuan, menyatakan kebenaran, atau mengeluarkan keputusan yang adil, sebagaimana yang dilakukan oleh beberapa organisasi antarabangsa dan institusi masyarakat sivil di dunia Islam dan dunia Barat, serta institusi keagamaan seperti Al-Azhar al-Sharif.

Komiti juga berterima kasih kepada para politikus dan pihak berkuasa di dunia Barat yang menentang projek Zionis dan mengkritik dasar-dasar negara mereka yang menyokongnya, termasuk sesetengah golongan Yahudi, berdasarkan sabda Nabi ๏ทบ:

“Barang siapa yang tidak bersyukur kepada manusia, maka dia tidak bersyukur kepada Allah.”
Hadis riwayat Abu Daud dan al-Bukhari dalam “Al-Adab al-Mufrad.”

ูˆุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡ ุฑุจ ุงู„ุนุงู„ู…ูŠู†
Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam.

ุตุงุฏุฑ ุนู† ู„ุฌู†ุฉ ุงู„ุงุฌุชู‡ุงุฏ ูˆุงู„ูุชูˆู‰ ุจุงู„ุงุชุญุงุฏ ุงู„ุนุงู„ู…ูŠ ู„ุนู„ู…ุงุก ุงู„ู…ุณู„ู…ูŠู†

Dikeluarkan oleh Komiti Ijtihad dan Fatwa di bawah Kesatuan Ulama Dunia Islam
ุฃู…ูŠู† ุงู„ู„ุฌู†ุฉ
Setiausaha Komiti

ุฃ.ุฏ. ูุถู„ ุนุจุฏ ุงู„ู„ู‡ ู…ุฑุงุฏ
Prof. Dr. Fadhl Abdullah Murad

ุฑุฆูŠุณ ุงู„ู„ุฌู†ุฉ
Presiden Komiti

ุฃ.ุฏ. ุนู„ูŠ ู…ุญูŠูŠ ุงู„ุฏูŠู† ุงู„ู‚ุฑู‡ ุฏุงุบูŠ
Prof. Dr. Ali Muhyiddin al-Qaradaghi

Related Posts

Ramadhan Kareem 1446

PERCUMA DIARI TAQWEEM ISLAM 1447H ( Tema : Sejarah Kemenangan Jihaad Islam ) ๐ŸŒ™ INFO RINGKAS :-Sila tekan : https://taqweem.arabmikro.com ๐Ÿ’ฐ HARGA :-1- Kalendar Meja (Premier) = RM25.00 / 1…

Bantuan Air Bersih di Bandar Gaza

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT PAKAR telah berjaya membuat pengagihan keperluan air bersih telah meningkat dan menjadi keutamaan ketika ini. Enam buah trak air yang mengandungi keseluruhan 30,000 liter air…

You Missed

Fatwa Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa

  • April 7, 2025
  • 289 views
Fatwa Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa

Ramadhan Kareem 1446

  • March 28, 2025
  • 282 views
Ramadhan Kareem 1446

Bantuan Air Bersih di Bandar Gaza

  • March 28, 2025
  • 270 views
Bantuan Air Bersih di Bandar Gaza

Agihan Iftar Kepada 2,000 Penduduk Deir Al Balah, Tengah Gaza

  • March 28, 2025
  • 355 views
Agihan Iftar Kepada 2,000 Penduduk Deir Al Balah, Tengah Gaza

Info Ringkas Taqweem Islam 1447

  • March 9, 2025
  • 798 views
Info Ringkas Taqweem Islam 1447

Info Ringkas Kalander EVO 2025

  • December 23, 2024
  • 517 views
Info Ringkas Kalander EVO 2025