AKRAM : Akademi Arab Mikro
Pembinaan sebuah pusat pengajian kekal bagi menjalankan proses pembelajaran dan pengajian di dalam bidang Al-Quran dan bahasa Arab kepada pelajar-pelajar khususnya di dalam negeri Kelantan dan Malaysia amnya.
Akademi ini akan beroperasi di Lot 2533, Kampung Bukit, Telipot, 16800 Pasir Puteh, Kelantan Darul Naim.
Kapasiti bangunan akademi tersebut dijangka dapat memuatkan 400 orang termasuk pelajar dan staf. Bangunan tersebut dilengkapi dengan prasarana yang diperlukan dalam menjamin keselesaan pelajar-pelajar yang menimba ilmu di akademi tersebut seterusnya membolehkan mereka belajar dalam suasana yang lebih tenang dan efektif.
Kedudukan akademi yang terletak di kawasan hijau serta jauh dari kesibukan kota dan bandar menjadikan akademi tersebut sebagai institusi yang sesuai dalam bidang pengajian yang berasaskan al-Quran dan Bahasa Arab. Ini juga membolehkan tenaga pengajar untuk menjalankan tugas mereka dengan lebih efisien dan berkesan.
Cadangan bagi pembinaan AKRAM terdiri daripada;
- 2 Blok Bangunan utama 2 tingkat
- Pejabat Urusan/Pentadbiran
- Asrama Pelajar
- Dewan Serbaguna
- Musolla
- Kantin
- Padang
- Wakaf ziarah
Untuk maklumat terperinci berkenan projek ini, sila klik di sini untuk pergi ke Laman Rasmi Akademi Arab Mikro (http://akram.arabmikro.com)
Maklumat Jualan Saham Wakaf
Alamat Tanah :
|
|
Lot 2533, Kg Bukit, Mukim Telipot,
16800 Pasir Puteh,
Kelantan Darul Naim |
Mukim :
|
|
Telipot |
Daerah : |
|
Jajahan Pasir Puteh |
Parlimen : |
|
Pasir Puteh |
Negeri : |
|
Kelantan |
|
|
|
Keluasan Tanah : |
|
130,000 kaki persegi (anggaran) |
|
|
|
Jumlah saham sedia dijual : |
|
260,000 unit saham wakaf (2 unit / kaki persegi) |
Harga jualan wakaf |
|
RM 50.00 / unit |
|
|
|
Jumlah harga terkumpul : |
|
RM 13,000,000.00 |
Akaun Rasmi Projek Wakaf Arab Mikro
BANK
|
|
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
|
NOMBOR AKAUN
|
|
0312 - 0010 - 0053 - 60
|
NAMA AKAUN
|
|
TETUAN ARABMIKRO CENTRE |