Ahli ArabMikro - Log Masuk
Email :
Kata Laluan :
 
 ggg

Sejarah ALC
مسيرة المؤس

Fasal 1 : 1996 - 2007

Pada 23 JUN 1996 ALC Arabic Language & Consultancy telah di daftarkan di Pejabat Pendaftaran Perniagaan (sekarang diperdadankan sebagai Suruhanjaya Syarikat Malaysia), Bangunan Tabung Haji Lama, Kota Bharu Kelantan.

Bangunan Wsma Haji Omar bin Mohd Yusuf (Tukang Emas) adalah lokasi pertama yang menempatkan pejabat ALC.

Pada tahun 1997, aktiviti ALC hanya tertumpu kepada kerja-kerja penyelidikan untuk mencari suatu pendekatan yang paling sesuai dan berkesan untuk orang Melayu menguasai Bahasa Arab di Asia Tenggara. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ;-

  1. Kelas bimbingan / tuisyen Bahasa Arab untuk peringkat PMR, SMU dan SPM
  2. Menulis draf awal modul Bahasa Arab.

Pada tahun 1998, ALC mula menceburi bidang penerbitan dengan menyusun semula nota-nota pengajian di Pra Akademi Islam, Univerisiti Malaya, Nilam Puri, Kota Bharu. Usaha ini telah berterusan hingga ke tahun 2000.

Pada tahun 1999, ALC ditamatkan kontrak sewaan dan telah berpindah (menumpang) di pejabat Perunding Azansha Sdn Bhd di kawasan berdekatan untuk kelas pengajiannya sahaja. Segala urusan pejabat dilaksanakan di rumah.

Pada akhir tahun 1999, ALC telah berpindah ke Simpang Empat Pasir Hor dan terus beroperasi sehingga tahun 2002.

Antara aktivititi yang dijalankan dalam tempoh ini ialah;-

  1. Mengedit dan menerbitkan buku-buku Pra Akdemi Islam, Universiti Malaya, Nilam Puri, Kota Bharu
  2. Menerbitkan buku Pendidikan Islam dan Tamadun islam untuk Politeknik Kota Bharu.
  3. Mengadakan Bengkel Bahasa Arab Mikro untuk peringkat PMR dan SPM di sekolah-sekolah agama di Malaysia
  4. Meneroka Asas Pemiiran Bahasa Arab Mikro oleh Prof Dr. Tammam Hassan.
  5. Menerbitkan buku Lima Kemahiran Bahasa Arab. Ia adalah buku sulung ALC.

Pada tahun 2000, ALC telah berjaya menerbitkan buku Morfologi Bahasa Arab Mikro sebagai cetusan awal kepada hasrat pembaharuaan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. Buku ini telah dijual diseluruh Malaysia. Ceramah telah diadakan di sekolah-sekolah agama aliran Arab dan sambutan adalah menggalakan. Di samping itu, ALC juga telah rancak mengadakan bengkel Bahasa Arab Mikro peringkat PMR dan SPM di kebanyak sekolah-sekolah SMKA dan SMA di seluruh Malaysia.

 

Tahun 200020012002 dan 2003 adalah tempoh ALC melangkah keluar mengajurkan bengkel-bengkel bimbingan kepada para pelajar peringkat PMR, SPM dan STPM untuk menguasai Bahasa Arab dengan lebih cemerlang dan berkesan. Siri bengkel ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan juga memberi pengalaman yang sangat berguna sebagai kajian rintis kepada penghasilan buku utama Formula Bahasa Arab Mikro. Ia adalah rujukan utama kepada konsep Bahasa Arab Mikro yang diperkenalkan oleh ALC. Ia menyentuh aspek makna dan bentuk setiap golongan kata dalam bahasa Arab. Hingga kini ia masih merupakan rujukan utama kepada para pengajar bahasa Arab dai Malaysia.

Pada tahun 2002, ALC sekali lagi berpindah ke bangunan baru di Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan. Hingga kini ALC masih beroperasi di lokasi tersebut.

Aktiviti pengajaran dan penerbitan telah berkembang dengan pesat. Golongan dewasa adalah sasaran utama program pengajian di ALC. Memahami al-Quran dan teks bahasa Arab serta menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu adalah objektif utama pengajian ini. Cikgu Abdul Rahman Wanik (usahawan dari Bachok) dan Ustazah Wan Faezah binti Haji Abdul Kadir (pemilik bangunan) adalah dua tonggak utama yang benyak membantu perkembangan AlC diperingkat ini. Selain pengajaran dan penyelidikan, ALC juga menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang berasaskan ICT di bangunan tersebut. Fotostat, Cyber Cafe, Stationary, Servis Komputer dan pelbagai bentuk kerja-kerja grafik dan "stamping".

Tahun 2004 hingga 2007 adalah tempoh malap. Banyak aktiviti ALC terbantut dan tidak dapat dilaksanakan seperti yang telah dijadualkan. 

Fasal 2 : 2008-2009

Bagaimanapun pada tahun 2008, ALC bangkit kembali dan telah berjaya mengadakan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina Modul Bahasa Arab Komunikasi 1 untuk Politeknik-Politeknik Malaysia. Modul ini telah dibangunkan berasaskan pendekatan Bahasa Arab Mikro. Ia adalah sumbangan sulong ALC kepada negara.

Modul ini telah dinilai bersama dalam Bengkel Metodologi Pengajaran Dan Pembelajaran Kursus Elektif Bahasa Arab 1 pada 13-19 Oktober 2008 dengan para pensyarah dari seluruh Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di Pusat Laitan KWSP (ESSET), Bandar Baru, Bangi Selangor.

Mereka yang terlibat dalam menyiapkan modul ini ialah Mohd Rosdi bin Ismail (Ph.D), Abdullah Tahmin bin haji Abdul Latiff (MA), Abdul Khaaleq Mohamed M. Rubiaee al-Libiyy (MA), Ameen Ali Mohammed Abdul Razzaaq al-Yemeniy (BA) dan Zam Uswati bin Musa (Dip).


 


 
Bengkel Metodologi P&P Politeknik-Politeknik Malaysia pada 13-19 Oktober 2008

 

Pada tahun 2009, ALC kembali aktif semula. Aktiviti pengajaran telah diberi nafas baru melauli sistem pengajian yang lebih ekonomik dan kompetitif. Sistem pengajian telah diubah kepada semester dan isi kandungan kursus telah dipecahkan kepada segmen-segemn yang lebih pendek dan tepat dengan masa yang diperuntukkan. Bermula dari tahun ini, program Pengajian Bahasa Arab Mikro (Modul al-Quran) telah mula mendapat sambutan yang menggalakkan dan berkembang hingga ke hari ini.
 
Taklimat Dip. Pengajian B. Arab Mikro pada 3 Oktober 2009

Aktiviti penyelidikan dan penerbitan juga kembali bertenaga. Modul Asas Bahasa Arab Mikro dan Modul Kemahiran Menulis PMR/SPM telah diterbitkan dengan jayanya. Ia mula mendapat sambutan yang menggalakan. Buku Pengkayaan Kosa Kata Bahasa Arab Mikro juga telah disunting dengan beberapa penambahan baru.


Pada tahun ini juga ALC telah mengadakan Kursus Intensif Bahasa Arab Mikrountuk Tahap Asas dan Kecekapan. Segalanya berjalan dengan lancar dan berjaya. Para peserta terdiri daripada pelajar-pelajar peringkat PMR/SPM/Diploma dan juga orang awam yang berminat untuk menguasai bahasa Arab. Respon para peserta menunjukkan mereka berpuashati dan mencapai objektif yang ditetapkan.

 
 
Bengkel Bahasa Arab PMR, Sek Men Agama Telok Panglima Garang pada 27 Jun 2009

Usaha penjenamaan semula ALC juga giat dijalankan. Pusat Bahasa Arab Mikro adalah imej utama dalam usaha memperkenalkan produk Bahasa Arab Mikro di peringkat Asia Tenggara. "Arab MIkro" juga adalah salah satu produk ALC dalam bentuk e-pembelajaran yang sedang diusahakan pada masa kini.

Pada tahun 2010, Kursus Intensif Bahasa Arab Mikro telah dikembangkan kepada tiga tahap, iaitu Tahap Asas(Tingkatan 1 & 2), Tahap Kecekapan (Tingkatan 3 & 4 ) dan Tahap Lanjutan (Tingkatan 5 & 6). Pendekatan ini telah membuahkan hasil yang memuaskan.

 
Bengkel Bahasa Arab Mikro PMR & SPM, Disember 2010

Pada tahun ini juga, ALC Arabic Language & Consultancy telah diberi kepercayaan dan dilantik sebagai PENASIHAT kepada Jawatankuasa Penggubal Sukatan Bahasa Arab Komunikasi Politeknik untuk semester 1, 2 & 3 di Summit Hotel Subang Jaya. Lanjut.

 
Bengkel Penggubalan Sukatan Bahasa Arab Mikro di Summit Hotel, 15 April 2010

ALC juga telah menyertai Seminar Antarabangsa Pengajaran Bahasa Arab 2010 anjuran Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dan Universiti Songkla di Kota Bharu pada 24-25 Julai 2010.

 
Sesi Pembentangan dan Perbincangan, 24-25 Julai 2010