Ahli ArabMikro - Log Masuk
Email :
Kata Laluan :
 
 ggg
Berita
13 OCT 2016

KELAS KHAS STAM & BAHASA ARAB (Projek Mumtaaz STAM) adalah suatu program persijilan yang dirangka khusus untuk membimbing masyarakat pelajar yang akan menduduki peperiksaan STAM dalam menguasai teknik-teknik pembelajaran STAM dalam tempoh 10 bulan. Pengajian lebih tertumpu kepada topik-topik yang sering keluar dalam peperiksaan dan memberi latihan berdasarkan soalan-soalan peperiksaan STAM yang lepas. Peperiksaan pengujian tahap akan dijalankan sebanyak 3 kali (setiap 3 bulan proses P&P berjalan) sebelum pelajar menduduki peperiksaan STAM pada bulan Oktober. 

Baca selanjutnya...
06 SEP 2016

SEMINAR BAHASA AL-QURAN merupakan sebuah projek ILMIAH yang dirangka oleh pihak Arabic Language & Consultancy (ALC) dan Persatuan Akademi Arab Mikro (PAKAR) untuk membawa masyarakat Malaysia memahami hubungkait AL-QURAN dengan kehidupan serta jawapannya kepada isu-isu semasa. Seminar ini akan diadakan secara berkala dan akan bergerak ke seluruh tanah air bagi menyampaikan manfaat ilmu kepada masyarakat.

Baca selanjutnya...
24 AUG 2016

Latihan Idustri ArabMikro adalah program perintis ke alam kerjaya perkhidmatan bahasa Arab di Malaysia dan Asia Tenggara khasnya. Ia menyediakan khidmat perundingan dan penyelidikan kepada para peserta untuk mencipta peluang-peluang kerjaya dan perkhidmatan bahasa Arab mengikut keperluan masyarakat setempat. Para peserta akan didedahkan dengan teknik dan khidmat keusahawanan yang praktikal dan mudah untuk dilaksanakan melalui program USAHAWAN ARAB MIKRO.

Baca selanjutnya...