Ahli ArabMikro - Log Masuk
Email :
Kata Laluan :
 
 ggg

HOME > ARTICLE

20 DEC 2019
DIPLOMA BAHASA ARAB MIKRO (AWAM) 2020 : Pengajian Harian : AHAD, ISNIN, RABU & KHAMIS
 
 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Adalah dimaklumkan, pada tahun 2020, Pengajian Diploma Arab Mikro (untuk orang awam) akan dijalankan secaraian harian seperti berikut :
 

KONSEP

Program DIPLOMA BAHASA ARAB MIKRO (AWAM) adalah suatu program peralihan yang dirangka khusus untuk membimbing masyarakat awam menguasai  SISTEM DAN KEMAHIRAN berbahasa Arab dalam tempoh 10 bulan pengajian harian. Ia akan membantu mereka menghayati mesej al-Quran dan al-Hadith secara tepat DEMI untuk mendalami pengajian Islam dan bidang yang berkaitan. 
 

SASARAN

Ia dibangunkan khusus untuk:- 
1- Suri rumah sepenuh masa
2- Pesara kerajaan atau swasta
3- Orang awam yang berminat
 

TEMPOH

Ia akan dijalankan dalam tempoh 10 bulan pengajian harian. Proses pembelajaran berlaku  dalam tempoh  (2 jam x 4 hari x 4 minggu x 10 bulan = 640 jam). Pengambilan pelajar akan dilakukan pada bulan JANUARI dan JUN setiap tahun. Pendaftaran dibuka sepanjang tahun pengajian. Pengajian di jalankan dalam dua semester JAN-MEI & JUN-OKT setiap tahun.
 

MODUS: 

Ia akan dijalankan secara sepenuh masa di PUSAT BAHASA ARAB MIKRO, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan. Kursus hanya dihadkan kepada 10-15 orang peserta sahaja untuk setiap kelas. Kursus dipecahkan kepada DUA SESI PEMBELAJARAN berikut;-
 
• 08.00 – 09.00 pg. : Sistem Bahasa Arab.
• 09.00 – 10.00 pg. : Latihan Amali Bermodul.
 

YURAN

Yuran pengajian adalah seperti berikut:- 
• Pendaftaran : RM500 / sem
• Pengajian : RM10.00/jam x 32 jam/bulan = RM320.00
 

HEBAHAN

Mohon Tuan/Puan hebahkan perkara ini kepada siapa sahaja yang berminat. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi/whatsapp;-
 
Dr, Mohd Rosdi bin Ismail
014-838 4040