{ تبارك الذي بيده الملك }
Kajian hari ini focus kepada perkara-perkara berikut:-
- Maksud “SERBA MENJADI” yang tersembunyi dalam kata kerja (تبارك). Ia adalah hasil gabungan huruf asal ( ب ر ك ) yang bermaksud “menangkungi” dengan acuan bunyi (bentuk) تَفَاعَلَ yang bermaksud “berulang-ulang” (banyak/maha)
- Kata kerja ( بَرَكَ – يَبْرُكُ ) dipakai dalam bahasa Arab untuk makna-makna berikut:-
- “melabuhkan” seperti ( بَرَكَ الْجَمَلُ ) yang bermaksud unta itu melutut dengan kedua-dua belah kakinya ketika ingin melabuhkan dada dan perutnya ke permukaan tanah.
- “kejap/tegap” seperti ( بَرَكَ الرَّجُلُ ) yang bermaksud “tegap” atau “kejap”
- “lebat” seperti ( بَرَكَتِ السَّمَاءُ ) yang bermaksud langit telah menurunkan hujan dengan lebatnya tanpa henti-henti
- “meneruskan” seperti ( بَرَكَ علَى الأَمْرِ ) yang bermaksud “kekal melakukan sesuatu secara berterusan”.
- “bersungguh” seperti ( بَرَكَ الطَّالِبُ ) yang bermaksud “bersungguh dalam menuntut ilmu atau sesuatu”.
- “telah berkahwin dan mempunyai anak yang sudah dewasa” seperti ( بَرَكَتِ الْمَرْأَةُ ) yang menunjukkan dia telah melalui suatu tempoh kehidupan penuh berkata yang panjang.
- Himpunan makna-makna konteks ini telah memandu kita untuk menterjemahkan kata kerja ( تبارك ) tersebut dalam ayat di atas dengan maksud SERBA MENJADI agar kelihatan lebih serasi dengan makna konteks rangkai kata ( الَّذِي بَيَدِهِ الْمُلْكُ ) yang bermaksud “memiliki kuasa penuh dalam tangan”.
- Memahami teknik berfikir yang betul apabila bertemu dengan Ganti Nama Pancangan (الذي) yang mesti disusuli dengan satu jumlah ayat sebagai “sambungan” ( صِلَة ) kepadanya.
- Apabila bertemu (الذي) dan gugusannya kita harus ingat bahawa di situ kita bertemu dengan satu RANGKAI KATA. Dalam ayat di atas ia berfungsi sebagai PELAKU kepada kata kerja ( تبارك ) sebelumnya. Pemikiran begini akan memudahkan kita membuat segmentasi ayat dengan cepat, mudah dan berkesan untuk memahami makna yang ingin disampaikan.
- Dalam keadaan ini, kita perlu uraikan dulu komponen rangkai kata tersebut satu persatu; iaitu menetukan apa dia bentuk kata GN Pancangan berkenaan dan apakah jenis ayat sambungan selepasnya, samada berbentuk ayata namaan (جملة اسمية) atau (جملة فعلية). Memahami semua bentuk komponen ini akan membantu kita memahami makna tersirat yang di sabalik rangkai kata tersebut.
Selamat mengikuti kuliah. Terima kasih, Wassalam.
Dr. Mohd Rosdi bin Ismail