Ahli ArabMikro - Log Masuk
Email :
Kata Laluan :
 
 ggg

HOME > ARTICLE

13 OCT 2016
ArabMikro memperkenalkan Projek Mumtaz STAM bermula Januari 2017

KELAS KHAS STAM & BAHASA ARAB (Projek Mumtaaz STAM) adalah suatu program persijilan yang dirangka khusus untuk membimbing masyarakat pelajar yang akan menduduki peperiksaan STAM dalam menguasai teknik-teknik pembelajaran STAM dalam tempoh 10 bulan. Pengajian lebih tertumpu kepada topik-topik yang sering keluar dalam peperiksaan dan memberi latihan berdasarkan soalan-soalan peperiksaan STAM yang lepas. Peperiksaan pengujian tahap akan dijalankan sebanyak 3 kali (setiap 3 bulan proses P&P berjalan) sebelum pelajar menduduki peperiksaan STAM pada bulan Oktober. 

Ia dibangunkan untuk:-

  1. Pelajar lepasan SPM yang ingin menyambung pelajaran peringkat IPTA/IPTS atau ke universiti-universiti di timur tengah.
  2. Pelajar lepasan Program Tahfiz Penuh atau Tahfiz Akademik berusia 18 tahun ke atas.
  3. Pelajar yang ingin mengulangi peperiksaan STAM untuk kali kedua.

KELAS KHAS STAM & BAHASA ARAB akan dijalankan dalam tempoh 10 pembelajaran + 1 bulan peperiksaan. Proses pembelajaran akan berlaku dalam tempoh ( 8 jam x 5 hari x 4 minggu x 11 bulan = 1760 jam ).

Sila klik disini untuk ke bahagian khas program untuk maklumat lanjut.