Ahli ArabMikro - Log Masuk
Email :
Kata Laluan :
 
 ggg

Warga Ta'awun ArabMikro

MUAT TURUN

MUKADIMAH

Warga Ilmu Warga Ta`awun satu muafakat berjemaah antara peserta ATAU pelajar siswazah atau atau pelajar persijilan dalam mana-mana program pengajian berdaftar dengan Pusat Bahasa Arab Mikro. Kesatuan ini bernaung di bawah Persatuan Akademi Arab Mikro sebagai badan pemantau berdaftar dengan Pertubuhan Pendaftaran Negara (ROS). Ia adalah kesatuan kebajikan yang menawarkan 5 Skim Infaq untuk setiap ahli secara takaful. 

 

KONSEP WARGA TA'AWUN

Konsepnya adalah seperti berikut:-

VISI

  • Meneroka al-Quran membina Kesatuan Padu Warga Ilmu.

MISI

  • Memperkasa Amal Jamaiey Membina Generasi Islamiey.

WARGA ILMU

  • Semua PELAJAR atau IBU atau BAPA atau PENJAGA yang pernah atau telah atausedang belajar di Arab Mikro Centre adalah layak untuk didaftarkan sebagai ahli WARGA TA`AWUN.
  • Tiada had umur ditentukan untuk layak diakui sebagai ahli Warga Ta`awun setelah mendaftar secara sah sebagai pelajar Arab Mikro.
  • Warga Ta`awun adalah PENDOKONG UTAMA semua program pengajian dan pembangunan Arab Mikro dalam memperjuangkan Akidah Tauhid dan Tasawwur Islam yang benar menerusi al-Quran.

WARGA TA'AWUN

  • Ta`awun adalah konsep tolong menolong sesama ahli apabila berdepan dengan
    sesuatu musibah.
  • Ta`awun dilakukan melalui TABARRU’ atau DERMA secara “ONE-OFF” pada kadar RM
    yang minima, iaitu antara RM10.00/ahli hingga RM100.00/ahli sahaja mengikut skala
    musibah yang berlaku ke atas si penerima.
  • Para pelajar Pengajian Arab Mikro akan diberi tawaran untuk menyertai program
    SKIM INFAQ WARGA TA`AWUN yang akan membiayai bantuan kewangan untuk
    KECEMASAN dalam lima skim berikut:-

DANA WARGA TA'AWUN

  • Kekuatan Dana Warga Ta`awun ialah KESATUAN AKIDAH TAUHID sebagai ASAS PERSAUDARANN sesama muslim, berteraskan firman Allah swt.
  • Dana Biaya adalah derma ikhlas setiap ahli Warga Ta`awun kepada mana-mana pelajar yang memerlukan bantuan segera dalam lima perkara di atas.
  • Dana akan dipohon berdasarkan keperluan berikut:-
    1. Pendidikan asnaf zakat seperti pelajar miskin dan saudara muslim baru atau seumpama.
    2. Musibah hayat seperti kebakaran, banjir atau kemalangan yang tidak melibatkan kematian.
    3. Perubatan kritikal yang memerlukan kos rawatan yang tinggi.
    4. Khairat kematian untuk modal aktiviti sara hidup keluarga si mati selama setahun.
    5. Pembangunan Pembelajaran Arab Mikro melalui penyertaan pakej pengajian Arab Mikro Online 1000 perserta ke atas.

SISTEM OPERASI

Perolehan, pengurusan dan pembiyaan dana akan dilakukan seperti berikut:-

  1. Permohonan diajukan kepada Persatuan Akademi Arab Mikro (PAKAR) untuk dinilai dengan perakuan sah oleh Penghulu / Penggawa / Imam / PBT / ADUN / Polis atau mana pihak yang layak membuat perakuan sah.
  2. Wakil Warga Ta`awun Daerah akan membuat semakan kesahihan permohonan untuk dilulusakan oleh PAKAR.
  3. PAKAR akan membuat hebahan kepada semua Ahli AMSG (Warga Ta`awun) dan SISWAZAH Arab Mikro untuk membuat sumbangan pada kadar RM10.00 – RM50.00 / kepala mengikut kadar keperluan yang difikir layak oleh pihak PAKAR.
  4. Hebahan wang terkumpul akan dimaklumkan kepada semua ahli sebelum disampaikan kepada pihak pemohon.
  5. Sumbangan akan diuruskan oleh PAKAR untuk disampaikan kepada pemohon.

SERUAN KEAHLIAN

Pihak pengurusan Arab Mikro menyeru dengan sesungguh hati agar semua pelajar/ibu/bapa/penjaga menyokong usaha mulia ini untuk sama-sama memastikan kita semua berjaya membina sebuah jemaah yang kuat dengan sasaran:-

>> 1000 AHLI BAGI TAHUN 2019 <<

Oleh itu, adalah AMAT DIHARAPKAN agar kita semua tidak menarik diri dari senarai group AMSG (WARGA TA`AWUN) yang kita ada sekarang.
Tuan/Puan/Dato/Datin tidak perlu melakukan apa-apa. Kami hanya perlukan TIGA PERKARA sahaja :-

  • Kerelaan hati menjadi ahli berdaftar secara sah Warga Ta`awun yang bernaung di bawah Persatuan Akademi Arab Mikro (PAKAR).
  • Menyumbang apabila ada keperluan berbuat demikian (akan dimaklumkan).
  • Dokongan berterusan hingga akhir hayat kita.

PENDAFTARAN KEAHLIAN

Untuk proses pendaftaran keahlian, sila :-

  • Hantar foto muka depan kad pengenalan melalaui aplikasi WhatsApp ke nombor berikut:-
  1. Presiden PAKAR : 011-1001-4040 (Ustaz Ahmad Mursyid)
  2. Timb. Presiden PAKAR : 019-994 9384 (Ustaz Mohamad Fadhil)
  • Sila tulis kod ; “WARGA TA`AWUN” bila hantar foto kad pengenalan.