PENGENALAN
PERSATUAN AKADEMI ARAB MIKRO (PAKAR) didaftarkan secara rasminya pada 18 Februari 2016 di Pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Kelantan, Kementerian Dalam Negeri dengan nombor pendaftarannya iaitu PPM-024-03-18022016. Matlamat utama PAKAR ialah melahirkan generasi baru yang fasih dan memahami Al-Quran serta berjiwa da’ie. Oleh itu, ke arah merealisasikan matlamat tersebut, PAKAR mengorak langkah membina sebuah Pusat Pengajian Al-Quran dan Bahasa Arab yang menggunakan sistem Bahasa Arab Mikro. Pusat pengajian atau dikenali sebagai Akademi Arab Mikro (AKRAM) merupakan fasilitis pembelajaran bahasa Arab Mikro kedua selepas Arab Mikro Center Nilam Puri, Kelantan. AKRAM akan dikendalikan sepenuhnya di bawah Persatuan Akademi Arab Mikro (PAKAR) sebagai badan pengurus dan pemegang amanah kekal kepada institusi wakaf ini.
PAKAR juga akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat ALC Arabic Language & Consultancy sebagai badan perunding dan pengajar di peringkat Akademi Arab Mikro. Tenaga-tenaga pengajar yang mahir dan berpengalaman di bawah ALC akan diserap ke dalam AKRAM bagi merealisasikan matlamat utama persatuan khususnya.
MOTO PERSATUAN
“Memperkasa Pembangunan Ummah”
MATLAMAT PERSATUAN
- Melahirkan generasi baru yang fasih dan memahami Al-Quran serta berjiwa da’ie.
- Memartabatkan Bahasa Arab di mercu dunia amnya dan Malaysia khasnya.
- Menswadaya pemikiran Islam berdasarkan seni Bahasa Arab Mikro.
- Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli di dalam bidang masing-masing seterusnya menjadi salah satu institusi yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman dan kesejahteraan sesama ahli.
- Menjadi badan yang berintegriti dalam mengurus tadbir dana wakaf yang diamanahkan.
- Menjadi satu indikator yang mempamerkan kejayaan Bahasa Arab Mikro.
MAKLUMAT RINGKAS PERSATUAN
NAMA PERSATUAN
|
|
PERSATUAN AKADEMI ARAB MIKRO (PAKAR)
|
NOMBOR PENDAFTARAN
|
|
PPM-024-03-18022016
|
TARIKH KELULUSAN
|
|
18 FEBRUARI 2016
|
ALAMAT SURAT MENYURAT
|
|
ARAB MIKRO CENTER, LOT 1160-2A/B, BATU 7 1/4, JLN KUALA KRAI, 16010 KOTA BHARU KELANTAN.
|
NO TELEFON (PEJABAT)
|
|
09-7124230
|
NO.FAX
|
|
09-7124860
|
E-MEL RASMI
|
|
pakarmalaysia.edu@gmail.com
|
BADAN PENGIKTIRAF
|
|
JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA, KEMENTERIAN DALAM NEGERI.
|
JURUAUDIT (SEMASA) |
|
Ramli & Co (AF1054)
Suite 3.1, Level 3
343 Jalan Sultan Ibrahim
15150 Kota Bharu
Kelantan |