Ahli ArabMikro - Log Masuk
Email :
Kata Laluan :
 
 ggg

Latihan Industri Arab Mikro

Garis Panduan

KONSEP

Latihan Industri ArabMikro adalah program perintis ke alam kerjaya perkhidmatan bahasa Arab di Malaysia dan Asia Tenggara khasnya. Ia menyediakan khidmat perundingan dan penyelidikan kepada para peserta untuk mencipta peluang-peluang kerjaya dan perkhidmatan bahasa Arab mengikut keperluan masyarakat setempat. Para peserta akan didedahkan dengan teknik dan khidmat keusahawanan yang praktikal dan mudah untuk dilaksanakan melalui program USAHAWAN ARAB MIKRO.

SKOP

Antara skop latihan yang ditekankan ialah pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perancangan pendidikan dan kendalian klinikal bahasa Arab. Skop utama Latihan Industri tahun 2018 ialah:-
a- Penghasilan Modul Dwi Bahasa : English + Arabic
b- Penghasilan Transkripsi Audiovisual : Arabic & English
c- Penyedian Modul PANTAS SPM
d- Penyediaan Modul Ujian Lisan SPM, STAM & STPM : Arabic & English
e- Semak dan Analisis Sukatan Persijilan 2018 : Arabic & English

TEMPOH

Tiga bulan (Minima), enam bulan (Sederhana) dan Sebelas bulan (Maksima).

KEMUDAHAN

Pelatih akan disediakan dengan kemudahan tempat tinggal dan makan percuma. Elaun tidak disediakan

PELUANG KERJAYA

Peserta yang cemerlang dan berdaya saing akan ditawarkan untuk menyertai program USAHAWAN ARAB MIKRO di mana-mana pusat pengajian yang ada kerja sama dengan Pusat Bahasa Arab Mikro.

PERATURAN

a- Berpakaian Islamik patuh syariah. Seluar panjang tidak dibenarkan untuk pelatih wanita.
b- Menjaga solat fardhu berjamaah lima waktu.
c- Bekerja kerana Allah SWT dan untuk Allah SWT.

SYARAT PERMOHONAN

a- Surat Permohonan melalui Fakulti atau Jabatan IPT berkenaan.
b- Resume, Transkripsi Mata Kursus Semester Pengajian yang diduduki.
c- Borang Pengesahan Penerima Pemorhonan (yang dikeluarkan oleh fakulti atau jabatan)

Profil Latihan Industri Lepas dan Terkini

 

Majlis Apresiasi Pelajar Praktikal 2016 & Pelancaran Unit Penyelidikan