Ahli ArabMikro - Log Masuk
Email :
Kata Laluan :
 
 ggg

Konsep Sistem ArabMikro

PENGENALAN

BAHASA ARAB MIKRO ialah suatu pendekatan baru yang memberi penekanan kepada penguasaan SISTEM BAHASA berasaskan aplikasi FUNGSI MAKNA dan kaitannya dengan BENTUK KATA sesuatu lafaz atau kata yang diguna dalam perbualan atau penulisan.

Ia telah diolah semula dari sudut morfologi (binaan kata) dan sintaksis (struktur ayat) kepada suatu pendekatan yang lebih hampir dengan budaya dan alam pemikiran Melayu. Oleh itu, pelajar yang mengikuti kaedah pengajian Bahasa Arab Mikro akan lebih memahami dan hampir dengan bahasa Arab dan al-Quran.

  • BAHASA ARAB MIKRO ialah suatu pendekatan baru yang berkesan dalam proses pembelajaran dan pengajaran Bahasa Arab.
  • Ia telah disusun dan diolah secara sistematik berdasarkan sistem bahasa dan konteks alam pemikiran Melayu di Asia Tenggara.
  • Ia telah diuji dan terbukti berkesan melalui dua kajian besar di peringkat MA (1995) dan Ph.D (2005) di Universiti Malaya.
  • ALC kini dalam proses mengembangkan konsep mudah ini ke seluruh Asia Tenggara.

METODOLOGI

 

KELEBIHAN PROGRAM

Antara kelebihan dan kewajaran untuk menyertai program ini ialah ;-

  • Ia telah terbukti berkesan
    Seramai 11peserta dalam kursus LEVEL 1 pada 1-29 DISEMBER 2009 telah mendapat makrkah 70 % ke atas. Ibubapa menyatakan mereka berpuashati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh anak-anak mereka. Sila berhubung dengan ibubapa mana-mana peserta di atas untuk mendapat kepastian.

  • Metodologi yang diiktiraf di peringkat MA (1995) dan Ph.D (2005). 
    BAHASA ARAB MIKRO yang diketengahkan sebagai medium pembelajaran telah terbukti lebihMUDAH, CEPAT dan BERKESAN untuk diikuti oleh para pelajar. Garis kasar metodologi ini adalah seperti berikut;-

  • Hasil pengalaman yang telah berusia 15 tahun
    ALC telah menemui suatu KERANGKA BAHASA ARAB yang lebih sesuai untuk dipraktikan di kalangan penutur Melayu dan Muslim di Asia Tenggara. MODUS OPERANDI Bahasa Arab yang sistematik dan mudah untuk dipelajari telah dibina dengan kemas dan penuh sistematik.

  • Sistem kendalian bersifat MESRA PELAJAR dan BERSUNGUH-SUNGGUH 
    Peserta akan dibimbing melalui:-

    1- Suasana pembelajaran yang kondusif dan selamat.
    2- Latihan amali berbentuk REHLAH, BERSUKAN, PERMAINAN BAHASA dan lain-lain
    3- Modul terkini yang disusun rapi dan berkualiti tinggi ( dengan sokongan ICT ).

 

SIRI VIDEO PENERANGAN KONSEP

Berikut adalah sedutan beberapa konsep asas yang akan diterapkan dalam proses pembelajaran Bahasa Arab Mikro. Ia adalah katalis asas yang perlu dikuasai oleh dalam Bahasa Arab.

6 JADUAL GANTI NAMA BAHASA ARAB MIKRO

50 ACUAN KATA UTAMA BAHASA ARAB MIKRO

TEKNIK PENGEMBANGAN AYAT

NERACA AYAT