PENGENALAN
KONSEP
PENGAJIAN TADABBUR AL-QURAN ARAB MIKRO (TADABBUR) adalah satu program akademik ringan yang dirangka khusus untuk membimbing masyarakat awam memahami AL-QURAN + BAHASA ARAB dalam tempoh 480 jam ( 1 tahun pengajian = 6jam/minggu ) melalui:-
- 7 MODUL SISTEM BAHASA ARAB
- 7 MODUL KAJIAN ANALITIK AL-QURAN (Surah-Surah Pilihan)
- 5 MODUL PILIHAN ( Amalan Ibadat Rutin Umat Islam )
Ia akan membantu mereka MENGUASAI KAEDAH menghayati mesej al-Quran secara tepat untuk tujuan ibadah.
SASARAN
Ia dibangunkan untuk:-
- ORANG AWAM yang berminat (Terutama Pesara)
- Para Huffaaz al-Quran al-Kareem
- Pelajar sekolah, kolej dan universiti.
SYARAT
Peserta hendaklah :-
- Sesiapa yang berminat dengan al-Quran dan Islam
- Boleh mengenal dan membaca al-Quran dengan baik.
TEMPOH
Setiap modul pengajian TADABBUR akan diajar dalam melalui proses pembelajaran berikut :-
- Pangajian Hari JUMAAT = ( 2 jam x 4 minggu x 5 bulan/sem = 40 jam).
- Pengajian Harian = ( 2 jam x 3 hari x 4 Minggu x 2 bulan = 48 jam)
Jangka masa kursus bergantung kepada jumlah mata kursus yang diambil dalam setiap semester. Pengambilan pelajar akan dilakukan sebanyak DUA KALI setiap tahun. Pendaftaran akan dibuka setelah IKLAN PENGAMBILAN dikeluarkan.
MODUS
TADABBUR akan dijalankan secara harian atau pada cuti hujung minggu (jumaat) di PUSAT BAHASA ARAB MIKRO, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan. Setiap kelas hanya menampung 15 orang pelajar sahaja. Pengajian TADABBUR dipecahkan kepada DUA TAHAP PEMBELAJARAN berikut;-
Tahap Satu : PENG. ANALITIK
- Sistem Bahasa Arab : Jadual Sorfi, Wazan 50, Ayat 10, Partikel, Pelengkap Ayat, Rangkai Kata dan Olahan Ayat Namaan.
- Kajian Analitik : Juzuk30 (Ganti Nama), Juzuk 30 (Wazan 50), Surah al-Insan (Ayat 10), Surah al-Sajdah (Partikel), Surah al-Waqiah (Pelengkap), Surah al-Mulk (Rangkai Kata) dan Surah al-Kahfi (Olahan Ayat Namaan).
- Tadabbur : Bacaan Dalam Solat, Doa-Doa Pilihan, Ayat-ayat Pilihan, Selawat Pilihan, Ayat-Syifaa & Ruqyah.
Tahap Dua : PENG. TURATH
- Wacana Bahasa Arab : Ilmu Makna, Ilmu Gaya Olahan, Ilmu Lafaz Ucapan, Perkamusan Moden Arab, Usul Fiqh, Kaedah Fiqh dan Aqidah Islam.
- Kaedah Kajian : Sebab Turun Ayat, Ulum al-Quran, Usul Tafsir dan Tanda Bacaan al-Quran.
- Kajian Turath : Tafsir al-Jalalayn dan Tafsir Ayat Hukum.
HASIL KURSUS (حصائل البرنامج)
Para peserta akan dipastikan memahami dan menguasai perkara-perkara berikut sebelum diperakui lulus melalui ujian system peperiksaan terbuka yang dijalankan;-
A- PERINGKAT PERSIJILAN : Pengajian Analitik
- 7 Modul Tatabahasa Arab Mikro : Jadual Sorfi, Wazan 50, Ayat 10, Partikel, Pelengkap Ayat, Rangkai Kata dan Olahan Ayat Namaan.
- 6 Surah Pilihan Kajian Analitik (I`raab) : Juzuk30 (Ganti Nama), Juzuk 30 (Wazan 50), Surah al-Insan (Ayat 10), Surah al-Sajdah (Partikel), Surah al-Waqiah (Pelengkap), Surah al-Mulk (Rangkai Kata) dan Surah al-Kahfi (Olahan Ayat Namaan).
- 5 Himpunan Korpus Teks Kajian Tadabbur : Bacaan Dalam Solat, Doa-Doa Pilihan, Ayat-ayat Pilihan, Selawat Pilihan, Ayat-Syifaa & Ruqyah.
B- PERINGKAT PERSIJILAN : Pengajian Turath
- 7 Disiplin Asas Wcana Bahasa Al-Quran : Ilmu Makna, Ilmu Gaya Olahan, Ilmu Lafaz Ucapan, Perkamusan Moden Arab, Usul Fiqh, Kaedah Fiqh dan Aqidah Islam.
- 4 Kaedah Kajian : Sebab Turun Ayat, Ulum al-Quran, Usul Tafsir dan Tanda Bacaan al-Quran.
- 2 Teks Kajian Turath : Tafsir al-Jalalayn dan Tafsir Ayat Hukum.
MATLAMAT PENGAJIAN (أهداف الدورة)
تَنْوِيرُ التَّفْكِيرِ الإِسْلاَمِيِّ بِالأَدِلَّةِ الْقُرْآنِيَّةِ وَالسُّنَّةِ النَّبَوِيَّةِ
|
MENSWADAYA PEMIKIRAN ISLAM DENGAN DALIL AL-QURAN DAN SUNNAH
|
Program ini bertujuan membantu setiap peserta memahami system Bahasa Arab dan menghayati mesej yang ingin disampaikan dengan tepat dalam menilai maksud sesuatu teks atau wacana yang dikaji.
|
YURAN KURSUS
Perkara |
Jumlah (RM) |
Wang Proses Bahan Pengajaran & Pembelajaran
|
200.00 / semester |
Yuran Pengajian :- |
|
1- Pengajian Harian (RM 10.41/ jam X 12 jam X 4 Minggu)
|
500.00 / sebulan |
2- Pengajian Mingguan (RM 10.41/ jam X 6 jam X 4 Minggu)
|
250.00 / sebulan |
Untuk mengetahui maklumat lanjut kursus, sila muat turun Kertas Kerja Dasar melalui pautan yang disediakan pada bahagian atas artikel ini.