Ahli ArabMikro - Log Masuk
Email :
Kata Laluan :
 
 ggg

Kursus Diploma Arab Mikro (Awam)
العربية والإنجليزية للثانويين والحفاظ

MUAT TURUN DOKUMEN BERKAITAN KURSUS

PENGENALAN

KONSEP

Program DIPLOMA BAHASA ARAB MIKRO (AWAM) adalah suatu program peralihan yang dirangka khusus untuk membimbing masyarakat awam menguasai  SISTEM DAN KEMAHIRAN berbahasa Arab dalam tempoh 10 bulan pengajian harian. Ia akan membantu mereka menghayati mesej al-Quran dan al-Hadith secara tepat DEMI untuk mendalami pengajian Islam dan bidang yang berkaitan. 

SASARAN

Ia dibangunkan khusus untuk:- 
  1. Suri rumah sepenuh masa
  2. Pesara kerajaan atau swasta
  3. Orang awam yang berminat

TEMPOH

Ia akan dijalankan dalam tempoh 10 bulan pengajian harian. Proses pembelajaran berlaku  dalam tempoh  (2 jam x 4 hari x 4 minggu x 10 bulan = 640 jam). Pengambilan pelajar akan dilakukan pada bulan JANUARI dan JUN setiap tahun. Pendaftaran dibuka sepanjang tahun pengajian. Pengajian di jalankan dalam dua semester JAN-MEI & JUN-OKT setiap tahun.

MODUS

Ia akan dijalankan secara sepenuh masa di PUSAT BAHASA ARAB MIKRO, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan. Kursus hanya dihadkan kepada 10-15 orang peserta sahaja untuk setiap kelas. Kursus dipecahkan kepada DUA SESI PEMBELAJARAN berikut;-
 
• 08.00 – 09.00 pg. : Sistem Bahasa Arab.
• 09.00 – 10.00 pg. : Latihan Amali Bermodul.
 

YURAN

Yuran pengajian adalah seperti berikut:- 
• Pendaftaran : RM500 / sem
• Pengajian : RM10.00/jam x 32 jam/bulan = RM320.00