PENGENALAN
KONSEP
KELAS TAHFIZ TURKI adalah suatu program pengukuhan yang dirangka khusus untuk membimbing PELAJAR SEKOLAH bagi MENGHAFAZ AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN serta MEMAHAMI ISI KANDUNGANNYA. Ia dijalankan dalam tempoh 11 bulan sebagai persediaan ke Maahad Tahfiz Sulaimaniah, untuk membantu mereka melanjutkan pengajian Tahfiz al-Quran (2 Tahun di Malaysia) dan Alim (4 tahun di Turki). Antara modul lain yang akan dipelajari oleh mereka ialah ILMU TAJWID, ASAS BAHASA ARAB dan TERJEMAH HARFIYYAH.
SASARAN
Ia dibangunkan untuk:-
- Lepasan UPSR dan yang setaraf dengannya
TEMPOH
Setiap modul pengajian akan diajar dalam tempoh 40 jam melalui proses pembelajaran berikut (8 jam x 5 hari x 4 minggu x 10 bulan = 1 TAHUN). Jangka masa adalah dalam SATU TAHUN. Pengambilan pelajar akan dilakukan pada bulan JANUARI. Pendaftaran akan dibuka setelah IKLAN
PENGAMBILAN dikeluarkan.
MODUS
KELAS TAHFIZ TURKI akan dijalankan secara sepenuh masa di PUSAT BAHASA ARAB MIKRO, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan. Tempat tinggal DAN makan/minum disediakan. Kursus hanya dihadkan kepada 10 orang peserta sahaja. Kursus dipecahkan kepada EMPAT SESI PEMBELAJARAN berikut;-
- MODUL HAFAZAN. : 10 Juzuk bagi 1 tahun
- MODUL TAJWID & TILAWAH : Asas Ilmu Tajwid & Tahsin
- MODUL BAHASA ARAB : Asas Bahasa Arab Mikro
- MODUL TERJEMAH HARFIYYAH : Juzuk 1 – Juzuk 10