Ahli ArabMikro - Log Masuk
Email :
Kata Laluan :
 
 ggg

Kelas Khas STAM (MUMTAZ)
STAM الدورة الخاصة للشهادة

MUAT TURUN DOKUMEN BERKAITAN KURSUS

YURAN KURSUS

  • RM 10,000.00 / SESI ( ~ RM 974.03 / sebulan )

TEMPOH KURSUS

  • 44 minggu

PENGENALAN

KONSEP

KELAS KHAS STAM & BAHASA ARAB (Projek Mumtaaz STAM) adalah suatu program persijilan yang dirangka khusus untuk membimbing masyarakat pelajar yang akan menduduki peperiksaan STAM dalam menguasai teknik-teknik pembelajaran STAM dalam tempoh 10 bulan. Pengajian lebih tertumpu kepada topik-topik yang sering keluar dalam peperiksaan dan memberi latihan berdasarkan soalan-soalan peperiksaan STAM yang lepas. Peperiksaan pengujian tahap akan dijalankan sebanyak 3 kali (setiap 3 bulan proses P&P berjalan) sebelum pelajar menduduki peperiksaan STAM pada bulan Oktober. 

SASARAN

Ia dibangunkan untuk:-

  1. Pelajar lepasan SPM yang ingin menyambung pelajaran peringkat IPTA/IPTS atau ke universiti-universiti di timur tengah.
  2. Pelajar lepasan Program Tahfiz Penuh atau Tahfiz Akademik berusia 18 tahun ke atas.
  3. Pelajar yang ingin mengulangi peperiksaan STAM untuk kali kedua.

TEMPOH

KELAS KHAS STAM & BAHASA ARAB akan dijalankan dalam tempoh 10 bulan pembelajaran + 1 bulan peperiksaan. Proses pembelajaran akan berlaku dalam tempoh ( 8 jam x 5 hari x 4 minggu x 11 bulan = 1760 jam ). Sila muat turun dan rujuk kertas kerja program untuk maklumat lanjut.

MODUS 

KELAS KHAS STAM & BAHASA ARAB akan dijalankan sepenuh masa di PUSAT BAHASA ARAB MIKRO, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan. Tempat tinggal dan makan/minum disediakan. Kursus hanya dihadkan kepada 10 orang peserta sahaja untuk setiap kelas. Kursus dipecahkan kepada EMPAT SESI PEMBELAJARAN berikut:-

08.00 – 10.00 pg.

Sukatan pelajaran STAM

10.30 – 12.30  tgh. Muzakarah pelajaran STAM 
02.30 – 04.30 ptg Subjek Tambahan Arab Mikro 
09.00 – 10.00 mlm Hafazan dan Tasmik/ Ulangkaji kendiri.