Ahli ArabMikro - Log Masuk
Email :
Kata Laluan :
 
 ggg

Kelas Intensif Bahasa Arab Mikro (KIBAM)

MUAT TURUN DOKUMEN BERKAITAN KURSUS

YURAN KURSUS

  • RM 1,650.00 / SESI

TEMPOH KURSUS

  • 4 minggu

PENGENALAN

KONSEP

KURSUS INTENSIF KEMAHIRAN BAHASA ARAB (KIKBAR) adalah suatu program yang dirangka khusus untuk membimbing masyarakat pelajar dan orang awam menguasai kemahiran berbahasa Arab dalam tempoh yang singkat. Ia akan membantu mereka menghayati mesej bahasa Arab dan al-Quran secara tepat sama ada untuk tujuan komunikasi, ibadat atau pengajian ilmu-ilmu Islam.

SASARAN

Ia dibangunkan untuk:-

  1. Lepasan UPSR dan Lepasan PMR/SPM/STAM /IPT
  2. Persediaan ke  Universiti Timur Tengah
  3. ORANG AWAM yang berminat.

TEMPOH

KIKBAR akan ditawarkan dalam LIMA (5) tahap yang akan diajar dalam tempoh 4 minggu pengajian. Setiap tahap akan diajar dalam tempoh 120 jam + 60 jam tambahan, iaitu (6 jam + 2 jam ekstra X 5 hari X 4 minggu). Pengambilan
pelajar akan dilakukan pada bulan November setiap tahun. Pendaftaran dibuka sepanjang bulan tersebut.

MODUS 

KIKBAR akan dijalankan secara sepenuh masa di PUSAT BAHASA
ARAB MIKRO, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan. Tempat tinggal disediakan. Kursus
hanya dihadkan kepada 40 orang peserta sahaja. Kursus dipecahkan kepada tiga sesi
modul berikut;-

  • MENDENGAR + BERTUTUR
  • MENDENGAR + MEMBACA
  • TATABAHASA + MENULIS/MENTERJEMAH

 

MATLAMAT PENGAJIAN (أهداف الدورة)

  • Memperkenalkan kaedah MUDAH, CEPAT dan BERKESAN dalam menguasai 4 kemahiran asas berbahasa Arab.
  • Menguasai bahasa Arab berdasarkan fungsi BAHASA dan MAKNA dalam tempoh yang pantas.
  • Membangkitkan minat masyarakat untuk kembali menghayati dan mengamalkan al-Quran dalam kehidupan.

 

SINOPSIS KURSUS (محتويات المواد)

Sesi modul untuk kursus ini adalah seperti berikut  :-

 

Modul Kemahiran 1 : MENDENGAR & BERTUTUR

Modul ini memperkenalkan aspek-aspek kombinasi yang perlu diambil kira dalam PROSES BERTUTUR. Ia berpaksikan kepada 6 jadual Ganti Nama (Tasreef 14) yang menjadi tunjang kepada segala bentuk perubahan kata dalam sesuatu ayat. Aspek Bilangan (Mufrad, Dua dan Jamak), Jantina (Lelaki dan Perempuan), Ketentuan (Am dan Khas) dan Posisi Diri (Pertama, Kedua dan Ketiga) adalah unsur-unsur asas yang akan di tekankan.

Peserta juga akan didedahkan dengan kaedah berfikir yang cepat dan berkesan dalam memahami sesuatu ayat secara tepat. Teori PERKAITAN MAKNA dan rumus AYAT 10 merupakan teras utama kepada pengajian modul ini. Konteks AYAT KERJAAN dan AYAT NAMAAN akan diberi penekanan secara terperinci di samping beberapa PELENGKAP AYAT yang popular dan SISTEM OLAHAN AYAT Bahasa Arab.

Di akhir pengajian, pelajar akan mampu menguasai perkara-perkara berikut;-

  • 1500 kosa kata asas untuk perbualan (untuk konteks-konteks utama)
  • 120 frasa idiom perbualan bahasa Arab.
  •  Asas Tatabahasa Arab yang teratur (sistem berfikir dalam BA).
  •  Teknik ujaran bunyi (sebutan) Bahasa Arab Standard

 

Modul Kemahioran 2 : MENDENGAR + MEMBACA

Modul ini disusun khusus untuk melatih dan memandu pelajar MENDENGAR & MEMBACA teks bahasa Arab dengan betul -(dari sudut sebutan dan aplikasi sistem kasus dalam struktur ayat)- dan dapat memahami isi kandungan secara tepat.

Kursus ini dikendalikan dengan mengambil kira perkara-perkara berikut;-

  • FONETIK ; Sebutan bunyi-bunyi bahasa Arab yang betul dan fasih SERTA Perubahan atau penukaran sesuatu bunyi asal kepada bunyi baru yang lebih fasih.
  • FONOLOGI ; Bentuk-bentuk perubahan lambang atau sistem ejaan sesuatu bunyi dalam perkataan.
  • MORFOLOGI ; Perubahan-perubahan morfologi asas (yang berkait dengan Ganti Nama Diri) yang sering berlaku dalam bahasa Arab.
  • SINTAKS ; Kerangka Asas Bahasa Arab Mikro DAN Modus Operandi Tatabahasa Arab Mikro.

Di akhir pengajian, pelajar akan mneguasai kemahiran-kemahiran berikut;-

  • Mengasah dan menajamkan dan melancarkan kemahiran MENDENGAR & MEMBACA melalui teks audio yang dipelajari.
  • Mengenal dan menguasai bentuk dan golongan kata setiap perkataan.
  • Memahami SISTEM BERFIKIR dalam memahami teks Arab.
  • Membaca teks Arab tanpa tanda baris. (sistem kasus)

 

Modul Kemahiran 3 : TATABAHASA + MENULIS/MENTERJEMAH

Modul yang memperkenalkan rumus-rumus asas bahasa Arab seperti yang telah dijelaskan dalam konsep BAM sebelum ini. Ia menyentuh perkara-perkara berikut;-

  • Kerangka Bahasa Arab Mikro (BAM) dan ciri-ciri struktural setiap golongan kata BAM.
  • Teori Perkaitan Makna dalam sesuatu ayat dan Struktur Ayat BAM.
  • Ayat 10 BAM (Sistem Ayat BAM) dan Neracanya
  • Kumpulan Partikel Utama BAM.

Di akhir pengajian, pelajar akan dapat melakukan analisis yang betul terhadap wacana sesuatu teks yang ingin ditulis (diterjemah) ke dalam bahasa Arab.

JADUAL SESI PEMBELAJARAN (جدول الدورة )

Sesi pembelajaran bagi KIKBAR dibahagikan kepada 5 tahap :

  • Tahap 0 : Darjah 3-4
  • Tahap 1 : Darjah 5-6
  • Tahap 2 : Tingkatan 1-3
  • Tahap 3 : Tingkatan 4-5
  • Tahap 4 : Persediaan ke IPT

Sila download dokumen Kertas Kerja Dasar kursus ini untuk mendapatkan maklumat lanjut sesi-sesi pembelajaran.