PENGENALAN
KONSEP
KURSUS INTENSIF AL-QURAN adalah suatu program pengukuhan yang dirangka khusus untuk membimbing PELAJAR SEKOLAH dan ORANG DEWASA menguasai ASAS BACAAN AL-QURAN dan TERJEMAHANNYA. Ia dijalankan dalam tempoh 120-192 jam dalam tiga tahap pengajian. Ia akan membantu mereka menghayati menghafaz al-Quran, memahami Ilmu Tajwid, membaca dan menulis Jawi, menguasai Terjemahan Harfiyyah Juz 30, mengenal Asas Bahasa Arab, Asas Ulum al-Quran dan Asas Fardhu Ain serta Hadith 40 dan Bengkel solat.
SASARAN
Ia dibangunkan untuk:-
- Lepasan UPSR dan yang setaraf dengannya
- Mereka yang ingin mengenal al-Quran
- ORANG AWAM yang berminat.
SYARAT
Peserta hendaklah :-
- Mempunyai minat dan kesungguhan.
- Boleh mengenal dan membaca al-Quran dengan baik.
TEMPOH
Setiap modul pengajian akan diajar dalam tempoh 40 jam melalui proses pembelajaran berikut (2 jam x 5 hari x 4 minggu = 40 jam). Jangka masa adalah dalam SATU BULAN. Pengambilan pelajar akan dilakukan MINGGU PERTAMA musim CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN tahun berkenaan. Pendaftaran akan dibuka setelah IKLAN PENGAMBILAN dikeluarkan.
MODUS
Kursus akan dijalankan pada setiap hari dalam tempoh satu bulan di PUSAT BAHASA ARAB MIKRO, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan. Setiap kelas hanya menampung 10 orang pelajar sahaja. Kursus dipecahkan kepada EMPAT MODUL PEMBELAJARAN berikut;-
- MODUL HAFAZAN. : 30 Maqra’ Pilihan ( Juzuk 1- 10 )
- MODUL TAJWID & TILAWAH : Asas Ilmu Tajwid & Tahsin
- MODUL JAWI & TERJEMAHAN : Tulis Ayat Berserta Terjemahan
- MODUL FARDHU AIN : Azan, Rukun Islam & Rukun Iman
- MODUL ULUM QURAN : Ilmu Asas Tentang Al-Quran
MATLAMAT PENGAJIAN (أهداف الدورة)
- Memperkenalkan kaedah MUDAH, CEPAT dan BERKESAN dalam memahami dan menhafaz al-Quran.
- Menguasai ilmu-ilmu asas al-Quran Al-Karim sebagai persediaan ke jurusan hafazan dan Ilmu al-Quran.
- Membina keyakinan diri pelajar bahawa mereka ada kemampuan untuk menghafaz al-Quran al-Karim.
SINOPSIS KURSUS (محتويات المواد)
Sinopsis Modul-Modul kursus ini adalah seperti berikut :-
MODUL PENGAJIAN
-
TAQ 5205 – Tilawah Juzuk 30 & تحفيظ الجزء الثلاثين والتعاسع والعشرين ) 29 )
- Ia memastikan pelajar dapat membaca Surah-Surah dalam Juzuk 30 & 29 dengan lancar serta menghayati makna (terjemahan) dan maksud (tafsir) dalam menguasai mesej yang ingin disampikan.
-
TAQ 5206 – Hafazan Surah dan Ayat Pilihan. ( تحفيظ السور أو الآيات المختارة )
-
TAQ 5207 – Ilmu Tajwid & Tahsin al-Quran ( علم التجويد والتلاو )
-
TAQ 5104 – Terjemahan Perkata I ( الترجمة الحرفية )
-
TAQ 5103 – Asas Fardhu Ain & Ilmu al-Quran ( أساس فرض العين وعلوم الق )
- Modul ini memperkenalkan kepada pelajar Hadath Kecil dan Besar, Azan, Kaedah Bersuci (Wuduk, Mandi Wajib dan Tayammum), Rukun Islam dan Rukun Iman. Ia juga memberi penekanan kepada adab-adab beurusan dengan al-Quran, bentuk pembukuan al-Quran dan metode pembahagian ayat dan surah dalam al-Quran. Selain itu tanda-tanda bacaan dan symbol lain yang diperlukan juga didedahkan.
JADUAL SESI PEMBELAJARAN (جدول الدورة )
- Sila muat turun Kertas Kerja program ini untuk mendapatkan Jadual Sesi Pembelajaran terkini.