PENGENALAN
KONSEP
PENGAJIAN GPS AL-QURAN adalah suatu program akademik holisitik yang dirangka khusus untuk membimbing masyarakat menguasai GARIS PANDUAN SURAH-SURAH AL-QURAN dan BAHASA ARAB dalam tempoh 3 tahun untuk memahami 30 juzuk al-Quran. Ia akan membantu pelajar menghayati PETA MINDA isi-isi penting al-Quran secara cepat dan objektif.
SASARAN
Ia dibangunkan untuk:-
- - Lepasan UPSR ke atas
- Para Hufaaz al-Quran al-Kareem
- PESARA dan ORANG AWAM yang berminat.
SYARAT
Peserta hendaklah :-
- Sesiapa yang berminat dengan al-Quran dan Islam
- Boleh mengenal dan membaca al-Quran dengan baik.
TEMPOH
Setiap PROGRAM PENGAJIAN akan diajar dalam tempoh 1 tahun melalui proses pembelajaran dalam Jadual Pengajian di muka surat tujuh. Jangka masa keseluruhan pengajian ialah 4 tahun. Pengambilan pelajar adalah TERBUKA pada bila-bila masa. Pendaftaran boleh dibuat secara online.
MODUS
PENGAJIAN GPS AL-QURAN dijalankan pada SETIAP HARI di PUSAT BAHASA ARAB MIKRO, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan. Setiap kelas hanya menampung 50 orang pelajar sahaja. Pengajian GPS AL-QURAN dipecahkan kepada TUJUH PROGRAM berikut;-
- Program 1 : Mengenal al-Quran dan Bahasa Arab (Sepenuh Masa)
- Program 2 : Peta Minda & Nota Ayat al-Quran (Tafsir Jalalain)
- Program 3 : Rahsia resam Uthmani, Tanda Bacaan dan Ilmu Tajwid
- Program 4 : Asas Bahasa al-Quran (Orang Awam)
- Program 5 : pengajian Ulum al-Quran
- Program 6 : Kajian Kontemporari al-Quran (Isu Semasa)
- Program 7 : Klinik al-Quran (Terbuka)