Ahli ArabMikro - Log Masuk
Email :
Kata Laluan :
 
 ggg

Kelas Evolusi Bahasa Arab
الدورة الخاصة في العربية للمبتدئين والثانوين

MUAT TURUN DOKUMEN BERKAITAN KURSUS

PENGENALAN

KONSEP

KELAS EVOLUSI adalah suatu program peralihan yang dirangka
khusus untuk membimbing masyarakat pelajar LEPASAN UPSR atau MAAHAD TAHFEEZ menguasai kemahiran bahasa Arab melalui SISTEM BAHASA ARAB TERSUSUN untuk mememenuhi keperluan akademik dan komunikasi dalam peperiksaan SPM & STAM tahun 2020 nanti.

SASARAN

Ia dibangunkan untuk:-

  1. Lepasan UPSR, MAAHAD TAHFEEZ dan yang setaraf dengannya  
  2. Persediaan untuk belajar di Sekolah dan  Universiti Timur Tengah
  3. ORANG AWAM yang berminat.

TEMPOH

KELAS EVOLUSI akan dijalankan dalam tempoh 6 bulan pengajian dan sebulan praktikal mengajar (untuk yang layak). Proses pembelajaran berlaku dalam tempoh 960 jam PEMBELAJARAN (08 jam x 5 hari x 4 minggu x 6 bulan) dan 160 JAM Latihan Amali (Praktikal). Pengambilan pelajar akan dilakukan pada bulan JUN setiap tahun. Pendaftaran dibuka sepanjang MASA.

MODUS 

KELAS EVOLUSI akan dijalankan secara sepenuh masa di PUSAT BAHASA ARAB MIKRO, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan. Tempat tinggal DAN makan/minum disediakan. Kursus hanya dihadkan kepada 10 orang peserta sahaja untuk setiap kelas. Kursus dipecahkan kepada EMPAT SESI PEMBELAJARAN berikut;-

06.30 - 08.30 pg. Sistem Bahasa Arab
09.00 – 10.30 pg. Kosa Kata Bahasa Arab
11.00 – 12.30  tgh. Kemahiran Bahasa Arab
02.30 – 04.30 ptg Aplikasi Gaya Bahasa
07.30 - 08.00 mlm al-Quran al-Kareem
09.00 – 11.00 mlm Ulang Kaji

MATLAMAT PENGAJIAN (أهداف الدورة)

  • Memperkenalkan kaedah MUDAH, CEPAT dan BERKESAN dalam menguasai 4 kemahiran asas berbahasa Arab.
  • Menguasai bahasa Arab berdasarkan fungsi BAHASA dan MAKNA dalam tempoh yang pantas.
  • Membangkitkan minat masyarakat untuk kembali menghayati dan mengamalkan al-Quran dalam kehidupan.

 

JADUAL PENGAJIAN

Sila muat turun dan rujuk dokumen Kertas Kerja Dasar yang disediakan pautannya di atas unuk mendapatkan maklumat lanjut pengajian bagi kursus ini.