POSTER PROGRAM

PENGENALAN
KONSEP
Kelas Didik Awal adalah suatu program yang dirangka khusus untuk membimbing masyarakat pelajar yang berumur 6 hingga 12 tahun untuk menguasai kemahiran Al-Quran, Al- Qiyadah (Fardhu ‘Ain), dan kemahiran bahasa (Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Jawi) melalui sistem yang telah disusun rapi untuk memenuhi keperluan akademik dan komunikasi serta pembentukan sahsiah dan kendiri pelajar sebelum memasuki alam persekolahan.
SASARAN
Ia dibangunkan untuk:-
- Pelajar dari lingkungan umur 6 hingga 12 tahun sebagai persediaan memasuki alam persekolahan.
- Mana-mana pelajar yang telah bersekolah dan ingin mengikuti kursus ini untuk memperkukuhkan kemahiran bahasa yang berkaitan.
TEMPOH
Kelas Didik Awal akan dijalankan dalam tempoh sepuluh (10) bulan pengajian. Proses pembelajaran berlaku dalam tempoh 1600 jam PEMBELAJARAN (08 jam x 5 hari x 4 minggu x 10 bulan). Pengambilan pelajar akan dilakukan pada bulan JANUARI setiap tahun. Pendaftaran dibuka sepanjang MASA.
MODUS
Kelas Didik Awal akan dijalankan secara sepenuh masa di PUSAT BAHASA ARAB MIKRO, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan. Makan/minum disediakan. Program hanya dihadkan kepada 15 pelajar sahaja untuk setiap kelas. Program dipecahkan kepada EMPAT SESI PEMBELAJARAN berikut:-
07.30 – 09.00 pg. |
Pembelajaran Al-Quran
|
09.00 – 10.30 pg |
Pembelajaran Bahasa Arab |
11.00 – 12.30 tgh |
Pembelajaran Bahasa Inggeris / Malaysia / Jawi |
02.30 – 04.30 ptg |
Pembelajaran Al-Qiyadah |
OBJEKTIF
- Melahirkan pelajar yang bersahsiah mulia, dan bersifat kepimpinan dalam kehidupan seharian.
- Memperkenalkan kaedah MUDAH, CEPAT dan BERKESAN dalam menguasai 4 kemahiran asas bahasa (Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia Dan Jawi)
- Mengasah minat pelajar dalam mempelajari pelbagai bahasa sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan.
PEMBELAJARAN
Para pelajar akan dipastikan memahami dan menguasai perkara-perkara berikut sebelum diperakui lulus melalui ujian sistem peperiksaan terbuka yang dijalankan:-
- Al-Quran
- Modul Al-Qiyadah (Fardhu ‘Ain)
- Fardhu ‘ain – aqidah / ibadah / sirah / adab dan akhlak / ayat Al-Quran dan hadith pilihan.
- Modul Bahasa Arab
- Mengenali huruf / nombor / kosa kata / mendengar / menyebut dan bertutur / membaca / menulis / melakonkan / kata kerja / kata ganti nama / pelengkap ayat.
- Modul Bahasa Inggeris
- Bunyi huruf / simbol huruf / membaca suku kata dan perkataan / mendengar / menyebut dan bertutur / membaca / menulis / melakonkan.
- Modul Bahasa Melayu
- Bunyi huruf / symbol huruf / membaca suku kata dan perkataan / mendengar / menyebut dan bertutur / membaca / menulis / melakonkan.
- Modul Jawi
- Bunyi huruf / symbol huruf / membaca suku kata dan perkataan / mendengar / menyebut dan bertutur / membaca / menulis / melakonkan.
PENDEKATAN PEMBELAJARAN
Berikut merupakan pendekatan yang telah disusun untuk Kelas Didik Awal:-
PERHIMPUNAN PAGI: 7.00 – 7.30 pagi. |
(Bacaan Doa dan taklimat pagi) |
PEMBELAJARAN: 7.30 – 9.00 pagi. |
(Al- Quran dan solat Dhuha) |
PEMBELAJARAN: 9.00 – 10.30 pagi. |
(Bahasa Arab dan aktiviti) |
REHAT: 10.30 – 11.00 pagi. |
(Makan pagi) |
PEMBELAJARAN: 11.00 – 12.30 tgh. |
(Bahasa Inggeris / Bahasa Malaysia / Jawi dan aktiviti) |
REHAT: 12.30 – 2.30 ptg. |
(Qailullah / solat zohor dan makan tengahari) |
PEMBELAJARAN: 2.30 – 4.30 ptg. |
(Al – Qiyadah dan aktiviti) |
SOLAT ASAR atau PRAKTIKAL: 4.30 – 5.00 ptg |
(Amali solat) |
PERMOHONAN
Mana-mana INDIVIDU atau INSTITUSI yang berminat untuk menyertai atau menaja program ini dipersilakan menghubungi ALC untuk perbincangan lanjut.
·
·
·
·
·
·
·