
Link URL di atas berkaitan Penerangan Kalender EVO 2025
🎙️ HAKIKAT TAQWEEM
Berdasarkan video di atas, saya ada sedikit perkongsian tentang perkaitan antara kita sebagai manusia dan taqweem.
Sahabat-sahabat yang dikasihi 💖
Sesungguhnya hakikat penciptaan kita adalah di dalam SEBAIK-BAIK TAQWEEM
لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِیۤ أَحۡسَنِ تَقۡوِیمࣲ ٤ ثُمَّ رَدَدۡنَـٰهُ أَسۡفَلَ سَـٰفِلِینَ ٥ التين/4-5
Dan kedudukan kita pula di sisi Allah adalah bergantung kepada bagaimana kita memanfaatkan “taqweem” itu.
Jika ia tidak dimanfaatkan dengan cara yang benar, maka kita akan terjatuh ke dalam golongan “ASFALA SAAFILIN”..
Begitulah yang disebutkan dalam surah At Tin.
📅 OBJEJTIF TAQWEEM
Dan apabila surah At Tin digabungkan bersama surah Al Asr, maka tahulah kita bahawasanya sebaik-baik taqweem itu hendaklah dimanfaatkan kepada iman, amal soleh dan dakwah kepada kebenaran dengan sabar.
وَٱلۡعَصۡرِ ١ إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِی خُسۡرٍ ٢ إِلَّا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡا۟ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡا۟ بِٱلصَّبۡر٣ [العصر ١-٣]
Maka dapatlah disimpulkan di sini, TAQWEEM itu hakikatnya adalah JIHAD kita MENUJU ALLAH.
📒 HITUNGAN MASA
Di dalam surah At Taubah ayat 36 pula, Allah menyebutkan bahawasanya taqweem itu terkait dengan MASA (sebagai latar perjalanan hidup), iaitu kalendar 12 BULAN yang telah Allah ciptakan sejak mula penciptaan langit dan bumi. Dan dari 12 bulan itu, ada 4 BULAN HARAM (bulan yang dihormati) yang amat penting bagi umat Islam dalam menjalani kehidupan mencari redha Allah.
إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثۡنَا عَشَرَ شَهۡرࣰا فِی كِتَـٰبِ ٱللَّهِ یَوۡمَ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ مِنۡهَاۤ أَرۡبَعَةٌ حُرُمࣱۚ ذَٰلِكَ ٱلدِّینُ ٱلۡقَیِّمُۚ فَلَا تَظۡلِمُوا۟ فِیهِنَّ أَنفُسَكُمۡۚ وَقَـٰتِلُوا۟ ٱلۡمُشۡرِكِینَ كَاۤفَّةࣰ كَمَا یُقَـٰتِلُونَكُمۡ كَاۤفَّةࣰۚ وَٱعۡلَمُوۤا۟ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلۡمُتَّقِینَ [التوبة ٣٦]
Persoalannya..
- Adakah umat Islam masa kini menjalani kehidupannya dengan taqweem yang benar?
- Bagaimanakah cara yang benar untuk menghitung hari, bulan dan tahun?
- Adakah melalui perhitungan peredaran matahari atau peredaran dan kedudukan bulan?
Sama-sama kita rujuk surah Yunus, ayat 5.
هُوَ ٱلَّذِی جَعَلَ ٱلشَّمۡسَ ضِیَاۤءࣰ وَٱلۡقَمَرَ نُورࣰا وَقَدَّرَهُۥ مَنَازِلَ لِتَعۡلَمُوا۟ عَدَدَ ٱلسِّنِینَ وَٱلۡحِسَابَۚ مَا خَلَقَ ٱللَّهُ ذَ ٰلِكَ إِلَّا بِٱلۡحَقِّۚ یُفَصِّلُ ٱلۡـَٔایَـٰتِ لِقَوۡمࣲ یَعۡلَمُونَ ٥ إِنَّ فِی ٱخۡتِلَـٰفِ ٱلَّیۡلِ وَٱلنَّهَارِ وَمَا خَلَقَ ٱللَّهُ فِی ٱلسَّمَـٰوَ ٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ لَـَٔایَـٰتࣲ لِّقَوۡمࣲ یَتَّقُونَ ٦﴾ [يونس ٥-٦]
Pada ayat ini JELAS Allah menyebut, taqweem 12 bulan yang sebenar hendaklah dihitung menggunakan PEREDARAN DAN KEDUDUKAN BULAN, BUKAN MATAHARI (melalui isyarat kata ganti nama/dhomir dalam kalimah “qaddarahu/قدره” dalam ayat tersebut)
Peredaran matahari adalah hanya untuk perhitungan waktu dalam 1 hari.
Maka sebab itulah, waktu untuk solat fardhu menggunakan matahari.
Oleh itu, sudah sampai masanya umat Islam kembali kepada TAQWEEM 12 BULAN YANG SEBENAR, iaitu TAQWEEM 12 BULAN MENGIKUT PEREDARAN DAN KEDUDUKAN BULAN kerana banyak peristiwa-peristiwa penting dalam agama menggunakan taqweem Islam yang telah dilupakan…
🕙 SERANGAN MUSUH ISLAM
Dan sememangnya umat Islam “sengaja untuk dibuat LUPA” kepada taqweem yang sebenar (dari fakta sejarah yang disebut di dalam video). Tujuannya adalah untuk menghilangkan semangat jihad dalam diri umat Islam.
Sesungguhnya konspirasi untuk menghapuskan sejarah Hijrah dan menghilangkannya, serta untuk membodohkan umat Islam mengenainya, telah berlangsung selama berabad-abad yang berterusan.
- Pada abad ke-12 Hijrah yang bersamaan dengan abad ke-18 Masihi, apabila kerajaan Uthmaniyyah berhasrat untuk memodenkan tentera dan senjata mereka, mereka meminta bantuan daripada kuasa-kuasa besar Eropah (Perancis, Jerman, England, dan lain-lain). Mereka bersetuju untuk membantu dengan beberapa syarat, antaranya adalah penghapusan kalendar Hijrah di kerajaan Uthmaniyyah. Akibatnya, kerajaan Uthmaniyyah terpaksa mengalah kepada tekanan tersebut.
- Pada abad ke-13 Hijrah, yang bersamaan dengan abad ke-19 Masihi, ketika Khedive Mesir ingin meminjam sejumlah emas daripada England dan Perancis untuk menampung kos pembukaan Terusan Suez, kedua-dua negara tersebut meletakkan enam syarat. Salah satu syaratnya adalah penghapusan kalendar Hijrah di Mesir. Maka, kalendar Hijrah telah dihapuskan pada tahun 1292H / 1875M, dan digantikan dengan kalendar Koptik dan Masihi.
📍 KALENDAR EVO – SATU SOLUSI
Dan dengan penjelasan-penjelasan di atas..
Arab Mikro Centre (AMC) dengan kerja sama Persatuan Akademi Arab Mikro akan mengeluarkan KALENDAR EVO sebagai permulaan untuk MEMARAKKAN KEMBALI apliaksi TAQWEEM ISLAM dalam kehidupan harian ummah.
Kalendar ini akan lebih menekankan taqweem Islam dan peristiwa-peristiwa agama yang penting untuk diketahui oleh umat Islam, dan agar dapat membangkitkan kembali semangat jihad umat Islam.
Kemudian nanti, kalendar tahun baru hijrah pula akan dikeluarkan.
Insya Allah
🎙️ MULAKAN JIHAD KITA
Dengan ini, saya ingin mengajak sahabat-sahabat semua agar kita sama-sama memperjuangkan taqweem Islam agar ia kembali digunakan dan diutamakan dalam kehidupan kita.
📍 Jom sama-sama kita buat pra tempahan Untuk INFAQ PERCUMA kepada semua umat Islam.
Kita sebarkan kalendar ini agar diketahui ramai.
🤲🏼 Moga Allah memberkati segala usaha kita, dan moga dengan sedikit usaha ini boleh membawa kesedaran kepada umat Islam untuk kembali kepada taqweem yang benar.
Aamiin, Aamiin, Aamiin Ya Rabb
KREDIT:
Dr. Suraya Ahmad, Pelajar Bahasa Wahyu, Arab Mikro.
https://www.facebook.com/share/v/1AuCJpaW2R/
Sekian, terima kasih. Wassalam
DR. MOHD ROSDI : https://wa.me/60148384040
Pengurus Arab Mikro Centre