Sejarah Penubuhan Arab Mikro

Arabic Language & Consultancy (ALC) telah didaftarkan.

  • Arabic Language & Consultancy (ALC) telah didaftarkan.
  • 1997 – aktiviti ALC hanya tertumpu kepada kerja-kerja penyelidikan.
  • 1998 – ALC mula menceburi bidang penerbitan. Usaha ini berterusan hingga ke tahun 2000.
  • 1999 – ALC berpindah (menumpang) di pejabat Perundingan Azansha Sdn. Bhd. di kawasan berdekatan untuk kelas pengajian sahaja.
  • 1999 – Pada akhir tahun, ALC telah berpindah ke Simpang Empat Pasir Hor dan terus beroperasi sehingga tahun 2002.
  • Antara aktiviti yang dijalankan dalam tempoh ini adalah:
    1. Menyunting dan menerbitkan buku-buku Pra Akademik Islam, Universiti Malaya, Nilam Puri, Kota Bharu.
    2. Menerbitkan buku Pendidikan Islam dan Tamadun Islam untuk Politeknik Kota Bharu.
    3. Mengadakan Bengkel Bahasa Arab Mikro untuk peringkat PMR dan SPM di sekolah-sekolah agama di Malaysia.
    4. Meneroka Asas Pemikiran Bahasa Arab Mikro oleh Prof. Dr. Tammam Hassan.
    5. Menerbitkan buku Lima Kemahiran Bahasa Arab (merupakan buku keluaran sulung ALC).
    6. 2000 – ALC menerbitkan buku Morfologi Bahasa Mikro.
    7. 2003 – ALC menganjurkan bengkel bimbingan peringkat PMR, SPM dan STPM.
    8. 2004 – Pada tahun ini hingga 2007, banyak aktiviti ALC terbantut dan tidak dapat dilaksanakan seperti yang telah dijadualkan.
  • ALC mengadakan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina Modul Bahasa Arab Komunikasi 1 untuk politeknik-politeknik Malaysia.
  • 2009 – sistem pengajian diubah kepada semester dan isi kandungan kursus telah dipecahkan kepada segmen-segmen yang lebih pendek dan tepat.
  • Program Pengajian Bahasa Arab Mikro (Modul Al-Quran) mula mendapat sambutan yang menggalakkan dan berkembang hingga ke hari ini.
  • Aktiviti penyelidikan dan penerbitan diteruskan. Modul Asas Bahasa Arab Mikro dan Modul Kemahiran Menulis PMR/SPM telah diterbitkan. Buku Pengkayaan Kosa Kata Bahasa Arab Mikro telah disunting kembali dengan beberapa penambahan baru.
  • Kursus Intensif Bahasa Arab Mikro untuk Tahap Asas dan kemahiran mula diadakan.
  • 2010 – Kursus Intensif Bahasa Arab Mikro telah dikembangkan kepada tiga tahap, iaitu Tahap Asas (Tingkatan 1 & 2), Tahap Kecekapan (Tingkatan 3 & 4) dan Tahap Lanjutan (Tingkatan 5 & 6).
  • 2012 – Pada pertengahan tahun, ALC sekali lagi melalui proses penjenamaan semula. Nama ArabMikro Group (AMG) digunakan, menggantikan Arabic Language & Consultancy.
  • Tujuh logo baru termasuk logo utama dihasilkan untuk mewakili setiap unit jabatan di bawah ArabMikro Group.

AMG ditubuhkan untuk mengembangkan Bahasa Arab (BA) di Malaysia khasnya dengan mengambil kira latar belakang budaya dan bahasa serta keperluan masyarakat dengan mencapai objektif-objektif berikut:

  • Mengenal pasdti masalah BA di Malaysia dan mengemukakan alternatif yang sesuai untuk proses pembelajaran, penguasaan dan pengembangan BA kepada masyarakat.
  • Menyelidik bidang-bidang BA mengikut keperluan semasa dibidang pembelajaran, perdangan, diplomatik, perindustrian, ketenteraan, teknologi maklumat dan mana-mana bidang yang ada kepentingan dengan pembangunan negara.
  • Mengeluarkan produk-produk BA yang berkualiti untuk memenuhi kehendak masyarakat, disamping membangkit minat mereka terhadap BA.
  • Memasarkan produk-produk BA yang bermutu secara langsung kepada pelanggan melalui penyelidikan dan penelitian terhadap perkembangan semasa.

Related Posts

๐—œ๐—ก๐—™๐—”๐—ค ๐—•๐—”๐—ก๐—๐—œ๐—ฅ ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ช๐—”๐—›๐—ฌ๐—จ, ๐—”๐—ฅ๐—”๐—• ๐— ๐—œ๐—ž๐—ฅ๐—ข – ๐—”๐—š๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐Ÿฎ

Al-Hamdulillah, pada 13/12/2024 Agihan 2, Infaq Banjir Pelajar Pengajian Bahasa Wahyu telah selesai dilakukan. 100 buah rumah/keluarga telah menerima barangan dapur yang diperlukan. Barangan Keperluan harian dari Mydin diutamakan dalam…

INFAQ BANJIR BAHASA WAHYU, ARAB MIKRO – AGIHAN 1

Al-Hamdulillah, hari ini, 10 /12/2024 Agihan 1, Infaq Banjir Pelajar Pengajian Bahasa Wahyu telah selesai dilakukan. Lima puluh buah rumah telah menerima barangan dapur yang diperlukan. Barangan Produk Muslim diutamakan…

You Missed

Info Ringkas Taqweem Islam 1447

  • March 9, 2025
  • 63 views
Info Ringkas Taqweem Islam 1447

Info Ringkas Kalander EVO 2025

  • December 23, 2024
  • 169 views
Info Ringkas Kalander EVO 2025

๐—œ๐—ก๐—™๐—”๐—ค ๐—•๐—”๐—ก๐—๐—œ๐—ฅ ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ช๐—”๐—›๐—ฌ๐—จ, ๐—”๐—ฅ๐—”๐—• ๐— ๐—œ๐—ž๐—ฅ๐—ข – ๐—”๐—š๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐Ÿฎ

  • December 17, 2024
  • 114 views
๐—œ๐—ก๐—™๐—”๐—ค ๐—•๐—”๐—ก๐—๐—œ๐—ฅ ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ช๐—”๐—›๐—ฌ๐—จ, ๐—”๐—ฅ๐—”๐—• ๐— ๐—œ๐—ž๐—ฅ๐—ข – ๐—”๐—š๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐Ÿฎ

INFAQ BANJIR BAHASA WAHYU, ARAB MIKRO – AGIHAN 1

  • December 17, 2024
  • 74 views
INFAQ BANJIR BAHASA WAHYU, ARAB MIKRO – AGIHAN 1

Kertas Kerja: Indenti Islam & Bid`ah Kalendar Meshi

  • November 20, 2024
  • 89 views
Kertas Kerja: Indenti Islam & Bid`ah Kalendar Meshi

JUALAN INFAK PONDOK ILMU WAHYU (PIWA)

  • October 18, 2024
  • 108 views
JUALAN INFAK PONDOK ILMU WAHYU (PIWA)